Friday, March 28, 2008

Nota Kuning

Setelah lama tak gi skolah, ari ni aku rasa baik le aku gi skolah kan. Sampai2 je kat sini, tgk2 ada nota kertas kuning tertampal kat screen PC ni. Rupa2nya si Mehnosh yg kasik. Aku tak le terkejut kan, sbb mmg dah agak dah aku mesti akan dicap sbg the "culprit" in this case. K.Yuss dah kasik tau kat aku awal2 lagi apa yg dah berlaku. Makcik tu kena vacate kan tempat dia sbb ada orang komplen pasal dia kat opis, tapi org tu BUKAN aku tau! Bila aku gi tanya kat Danielle tadi, Danielle kata ada org komplen pasal dia kasik all the passwords to access lab ni ngan all the facilities here. Lagipun, Danielle kata she won't be back sbb dia dah withdrew from the course. And Danielle kata dia akan email kat Mehnosh pasal note kuning tu. Makcik tu ingat aku yg jadik tukang repot sbb aku sajalah yg slalu menjadi saksi kepada aktiviti2 anak2 dia. Aiseh ... buang karan je, lagi byk benda penting aku kena buat la makcik. Kadang2 kan, daripada observation aku yg tak seberapanya nih, set2 si Mehnosh ni adalah slalunya set2 org yg dibagi betis nak paha. Suka beno take things for granted tu dah le satu bab, ni bagi sket, lagi mau demand lelebih. Udah trademark deme gitu gamaknya.
Rupa2nya Danielle soh dia kosongkan tmpat dia exactly lepas Easter. According to Bill, pagi tu si Mehnosh pindah, petang tu dah ada org baru masuk. Satu minah OZ, namanya Caryn. Dia budak Media. Nampak gayanya, cepat le jugak si Danielle tu bertindak. Aku cerita kat Bill apa yg terjadik, dan si Bill telah terkejut mendengonya. Bill kata, biasa la tu ... stengah org mmg enjoy berprasangka mcm tu. Hehehe... Bill kata tak nak ke aku email si makcik tu. Aku kata ... GI JALANNNNNN laaaa ... aku ni bak kan dah kebal je ngan benda2 cam ni. Dari Bukit B sampai le ke Ayer K, aku dah ada bertahun2 nyer training pasal benda2 ni. Tak jadik kudih dah. Kui kui kui ...
Oh ya, lupa lak. Si Anwar tetiba muncul balik, dari Saudi dia bercerita sampai la ke Osaka. Tak sangka, he is keeping up with my latest updates. Curious I nak tau kenapa ... jeng jeng jeng.

Wednesday, March 19, 2008

Buat Baik

Pagi ni mood aku biasa2 je ok. Gi skolah mcm biasa. Tiba kat skolah, jumpa si Mehnosh. Masa ni okeh je ... dia ala2 bengkek bila aku tutup balik shutters tu, mana tak nya, tempat ko kat tgh okeh le. Tempat aku kat tepi tingkap ni ... silau le makcik. Tu tak pe lagi, dia bukak tingkap sbb kata sejuk. Dah pakai baju sejuk pon kata sejok ke lagi. Tak paham aku. Semuanya masih ok lagi tu, sampai le ada org ketuk pintu. Dia ni, okehlah ada byk dan byk kawan, sbb peramah kan :P. Dua org minah dari Msia masuk, org Kuching kut, sbb aku nampak patung kucing sekor ngan sebotol lada sulah. Teringat plak kat si Mutton and si Blacky. Anyway ... duduk je ketiga2 org tu, mula le bersembang. Mula2 tak le kuat sgt, tapi makin lama makin sonok agaknya bercerita. Lagi rancak, lagi kuat. Aku ni plak kepala tgh serabut nak buat keje. Bila org sok sek sok sek "berlabun" ni, sungguh le mengganggu concentration aku. Tempat dia depan tempat aku key. Aku ni beringat2 gak le, nak tego ke tak nak ... tapi memandangkan dorang semakin ligat "berlabun" aku pon bukak le mulut - "I'm sorry, I hate to say this - but can you all keep it down a bit? Or if you want to, there's a vacant classroom outside." - Rasanya "tegoran" aku tu tak le kaso kan, aku siap kasik cadangan lagi. Kelas kosong tu bukannya jauh, sebelah lab ni je, alahai 5-6 langkah je. Lagi selesa. Dorang dgn tersengeh2 kata sori and angkat punggung sambung berlabun kat luar. Kat luar kat mana, aku tak tau dan tak nak tau. Lepas tu, Mehnosh masuk balik kat sini. Aku pon apologise le lagi sekali. Tak nak le bermasam muka kan tapinya muka kawan dah masam mcm buah plum kecut yg buat asam masin tu! Dia kata "I should say sorry, but I have not met them for a long time" - mcm unwillingly je kena cakap. Mulut aku dah ringan je nak sambung, tapi bila dipikirkan balik, usah le buang masa. Ni orang jenih tak makan saman nyer. Dah le "terpaksa" kata sorry kat org, pas tu nak kasik alasan lagi (yg as if - "aku tak buat salah"). Ko makcik jaga2 sikit ... buat baik ngan aku. Ko tu dah byk melanggar peraturan kat lab ni, jangan nak lebih2. Dah byk kali org kasik warning jgn pass door code kat org lain, dia tak reti2 bahasa. Anak2 dia yg tiga ekor tu kuar masok kuar masok mcm dorang punya lab - baik time mak dia ada or tak ada. Tu tak termasuk guna computer and printer. Kertas lagi - that is one scarce thing here ok, guna pantry tu dah semmgnya le kan. And the telephone. Tu ari lab ni dah diberi reminder sbb bil telefon melambung naik utk beberapa bulan. Ada some calls made from the lab to the city and metroplolitan area yg lasted 2-3 hours each ok!!!! Dah tu the same number gak yg dorang rekod. Mostly all kat lab ni jarang2 guna tipon lab, and that's the truth - baik me, K.Yuss, Bill and even si Su. Si Geoff dah le jarang ade, si Zayed, Lynn, Helen, Joy pon jarang gak. Nak call pon, sumenya within the campus. Yang slalu buat call ialah si makcik sekor ni, and a few times gak le I've caught the kids using the phone. Kalo sume org deny tak buat .. kita kena la investigate sape yg ada access to the lab kan ... kan ... kan ... Sori le, aku ni byk diam, tak nak byk keriau sana keriau sini, tapi jgn dicabar aku ni. Buat baik berpada2, tapi bila org tak bleh nak appreciate ... kita kasik "cantas" sama dia.