Friday, November 30, 2007

Rosie, Mel, Rosie & Beena

Quite a lot happened this week, in uni as well as at home. Kat uni, biasa la, study-related. Yang kat rumah plak, orang sibuk berpindah randah. I am so happy that this time I do not have to vacate my room. Kalo tak, jenuh le aku nak ngangkat barang turun naik tangga. kalau rendah tu tak pe le gak, ni tingkat 3, dan dgn barang2 aku yg berkotak2 tu, eeeeeiiiiiiiiiii ... tak bleh nak imagine ... sakit badan2 dibuatnya. Disebabkan blok aku tu tak terlibat ngan kerja renovation, makanya those dari blok yg terlibat kena la pindah kuar. 2 of them landed in my flat. Kali ni, dorang kasik sumenya pompuan. Disebabkan aku ni dah setahun dok ngan boys, makanya kehadiran makcik dua org tu was kind of a bit different kan. Aku rasa Yash pon rasa mcm tu, tetiba je ramai le plak pompuan kat flat tu kan.
Tu tak pe lagi, hari dorang pindah tu ari, Yash sure terkezut nengok barang2 deme. Ok la, aku admit aku ni antara org yg byk barang kat flat tu, tapi tak sangka ada orang yg lagi byk dan byk dan byk brg dari aku tau. Sume lemari kat dapor tu dah penuh, periuk2, kuali2, alahaaaiiiii sume jenis alat memasak le ada, meja khas utk taruk buku memasak ada, bermcm buku resipi, sampai dah takde tempat kosong lagi la. Dalam peti ais ngan freezer jgn cakap la kan. Nama lagi pompuan, haaaa berwarna warni pink la dlm shower. Hahahahahahaha ... Yash dgn tersengeh-sengeh cakap kat aku -"it was so sudden that this flat turned into a female flat". Lol! Tergelak beso aku bila dia cakap cam tu. Aku cakap bagus pe, dikelilingi ramai pompuan. Dia replied - mmg la bagus, tapinya dia dah nak balik esok. Hehehehe. Sok dia dah nak balik, gonna miss him. Walaupun aku tak rapat sgt dgn the boys, tapi dalam ramai2 tu aku percaya sket ngan dia. Boleh la diharap kalau ada apa2. Hormat orangnya. Nasib baik next year I'll still be sharing the flat ngan dia. Ada 2 org baru akan masuk.
Ok - flatmates baru utk summer ni ialah Rosie and Melodie. Rosie dari China, dia gynaecologist dan mature student yg tgh pursue PhD - public health kalau tak silapnya. A nice person to talk to, dan simple orangnya. Mel plak is an OZ, dan active betul budak tu. Tak le budak, sbb she's 25, tapi manja gitu. She loves to talk - segala macam la yg dia suka cakap, dari bab keje, study sampai la dia nyer crush kat si Will. Hehehehe, kelakar pon ada. Dia budak undergrad - in journalism. Skali skala sonok gak, to have the company of rakan sama gender, hehehehe. Tahap kebersihan jugak bagus, tak le mcm gf si Kevin dulu yg pengotor tu. Setakat ni nampaknya boleh la diterima. Masing2 respect privacy flatmates lain. I hope tak de org yg akan masuk bilik Yash, 3 org rasanya dah ok dah, tak yah le lagi org lain. Leceh.
Bila aku panggil Rosie kat flat, aku teringat balik kat bestfren aku Rosie. Dah lama lost touch, dan dah 7 tahun aku tak jumpa dia. I really miss her, takde kawan2 aku yg sama macam Rosie. Dia ngan aku sama2 Virgo, sama2 baran, sama2 degil. Kalo gaduh pon, sama2 nak menang, hehehehe. But last2 sama2 mintak maaf. Tho both of us sama2 degil, we understand each other so well, tak tau mcmana nak explain, but somehow, kitaorg share byk benda. We have been through so many ups and downs together dari masa kat Kajai, Ipoh dan sampai la kat Melaka dulu. Rosie tu aku sorang je yg slalu panggei dia, Ayuz, Atie ngan Anne slalu panggei dia Che' Rose. Anak sedara Ayuz (anak K.Rina) dulu pon panggei dia Che'Rose, termasuk la mak aku, mak su, dll. She is certainly one of the best friends I have ever had, selain daripada Ayuz. Carik punya carik, ntah mcm mana, I managed to trace her last email add. And guess what - I finally got to talk to her again. Punya la gumbira nya rasa di hati. Rindu sama dia, byk sungguh yg nak dicakapkan. Lepas cakap ngan Rosie, teringat kat Ayuz. Ape la cite agaknya minah tu. I'll give her a call one of these days.
Tak cukup ngan Rosie, Beena pon tetiba email aku. Hehehehe, sori beb, lama tak anta berita. Makcik tu rupa2nya baru balik dari cuti bulan madu kat sabah ngan swak ngan uncle Rodzi. Dan sedang bertungkus lumus ngan proposal dia skrg ni. She's one of my good friends kat Penang. Kaki mi udang aku tu ... hehehehe ... Kalau tak jumpa dia bila kat Penang, hah siap la ngko, punya dia komplen - dia slalu kata - aku ni mcm biskut, kejap ada, kejap tak de. Lol. Siap promote steamboat special dia kat aku lagi, pandai masak makcik tu, dalam sakit2 ngan kesibukkannya tu, sempat gak buat open house. Nak dipendekkan cite, lagi la aku tak sabar2 nak balik kan. Sonoknya weh ... aku nak balik ...

Friday, November 23, 2007

"Hot"

I have never thought that I'd say this - but I miss winter and autumn. Memang la spring skrg, but the cuaca sure is getting hotter. Ni belum masuk summer lagi. Dah le paneh, kering la plak. Lalat pon semakin byk - tgh berjalan pon dia sibuk nak hinggap, tak kira le betapa wanginya ko. Bila sejuk nak cuaca paneh, bila paneh nak sejuk plak. Masa kat Msia tak le plak byk cite, bila duduk kat sini mengada2 sungguh.
Tadi Scrooge dtg carik aku kat sini... nak demam rasanya bila dapat note dia kat pintu. Mula2 tu ala2 gumbira gak sbb dia tak de kat bilik dia, aku ingat dia ada meeting. Tengok2 setengah jam pas tu dia tipon, dia kata dia nak turun bawah jumpa aku. Huhuhuhuhuhu ... apa lagi ada le diskusi abt keje aku kan. Dan seperti biasa, ada la tambahan kpd apa2 yg patut aku buat. Dia kata "... think about it during the weekend" dan dia awal2 dah cakap jumpa dia hari senin nanti utk sambung berdiskusi lagi. So .. there goes the weekend la kan. Mcm le aku ada plan for the weekend, kawan ajak gi outing kat pantai ari ahad dah decline. Bukannya apa, ari minggu la ari yg paling aku nanti2kan spjg minggu. Hari ahad ialah ari aku tido2, mandi lambat, makan2 dan lepak2. Dah le cuaca paneh, jadinya aku dah cakap tak mo gi. Pas jumpa Scrooge tadi, lagi la ....
Yusuf dah nak chaloh minggu ni, for good. Yash plak ujung minggu depan, pas tu dok la aku sorang2 kat flat tu. Yahoooooo ... to have the flat all to myself, best gak - itupun kalau le dorang tak taruk org lain kat flat aku tu kan. So tak usah le berharap sgt. Yearbook utk housing aku tu dah pon complete. Ada le muka aku ngan si Yash kat situ, muka Yusuf tak de sbb dia maleh nak buat. Nasib ko le. Aku pon view ler yearbook tu, yg konon2nya ala2 multimedia. I have to comment that it certainly was a great effort, tapi pjg bebeno. Hehehehe, tak sempat2 aku nak abih tgk memandangkan bukannya ada pon muka aku kat situ. Jadinya ... aku tgk sekerat je, yg lelain2 tu lain kali le aku tgk.
Cafe kat sini plak dah tutup. So ari ni aku pon tapau le roti ngan peanut butter. Nampak gayanya kena le aku masak byk sket skrg ni memandangkan tmpat makan dah tutup. Aku rasa tempat indon tu bukak lagi, cumanya aku dah jemu makan benda yg sama. Campus pon dah lengang, org ramai dah balik cuti. So officially, semester ni dah tamat. Cepatnya masa berjalan, tak terasa sungguh. Hmmmm, dah pukul 4pm dah, aku rasa nak balik le dan masak nasik. Roti tu tak begitu mengenyangkan, nak kena makan nasik jugak :P. Perut dah berkeroncong. Ta.

Wednesday, November 07, 2007

Updates

Dah agak lama tak menjenguk ke mari. Sibuk ngan tugasan, tu pun masih bertapuk-tapuk lagi yg tak siap. My time management kat sini tak bagus, entah apa yg aku buat aku pun tak tau. Keje plak datang menimpa-nimpa, bila ingat dah okeh sket, ada je yg tak betul. Haihh ...
Update lepas raya - hmmmm ... apa ye. Okeh, I attended lagi satu jamuan raya kat Kent St. High School punya gym. Sambutan yg dianjurkan oleh Kelab UMNO kat sini. Majlis tu berjalan ngan okay ... sambutan raya mana de yg tak best ye tak. Ada sketsa, ada nyanyi dan ada makan-makan. Malam tu, ada gak tetamu lain yg dijemput, pasukan bola, yg mana satu aku tak berapa pasti. Tak salahnya Dollah Salleh pon ada malam tu - tu kalau betul le apa yg aku dengo MC tu announce nama dia utk bagi a short speech. Sound system dia malam tu terkuat sket, so tak berapa jelas. Yang sebenonya, hehehehe ... aku tgh busy bersembang ngan beberapa kawan, jadinya tak berapa nak bagi perhatian. Sound system tu alasan je, hehehehe. Aku ni mana la reti bab2 bola ni, bukan bola je, semua jenih sukan la. Malam tu ramai gak yg melaram ngan baju raya, walaupun suhu amat sejuk. Raya punya pasal, sejuk pon sejuk la ...
Apa lagi yek ... haaaa ... tak ingat dah sama ade aku pernah blog ttg tajuk ni atau tak. Anyway, flatmate aku, si Kevin tu telah ditendang keluar dari flat oleh housing manager aku kat sini. Sebabnya dia tidak dengo amaran yg telah diberikan. Aku pun terkejut gak bila manager tu panggil aku ke pejabat exactly seminggu seblom raya tu ari. Dia tanya soalan2 nak tau betul ke tak yg si Kevin nyer gf tu masih tinggal secara "tak sah" kat flat aku tu. Dia kata ada flatmate aku buat komplen - beberapa kali lak tu. Jeng jeng jeng ... sape lagi, sudah tentunya bukan si Yousuf tu kan, dia tu invisible. Aku pon tak nak komen byk2, aku jawab je apa yg dia tanya. Dia kata ada ke budak pompuan tu buat apa2 -- aku kata the only thing yg aku tak suka ialah pompuan tu kurang bersih orgnya bila dia guna toilet aku. Aku bleh tahan lagi kalo le org tu pengotor sbb tahap kesabaran aku tak le seteruk dulu... tapinya bab2 jamban ni aku cerewet sikit yek. Bila ko dah "bom", tolong le bersih sebersih-bersih nya. Sbb jamban aku mmg bersih dan bau wangi okeh. Iniiiii ... dah le duduk secara haram, pas tu guna jamban aku tak reti nak bersih. Dah merebeh dgn suka hati, pas tu kadang2 flush pon tak reti. Makcik tu kata, bukan ke ada tukang cuci dtg cuci - berani gak tu tanya kat aku - aku kata cleaners tu cuci sebulan skali je ok, sbb tu la kitaorg ada weekly cleaning roster. Aku cakap kat dia, cuci jamban aku tu mcm ibaratnya dia beruih gigi dia. Masuk 2 ari dia tak beruih gigi, bukannya bau je busuk, bahkan taik gigi pon bertepek-tepek, hah ... kena sebijik! Pantang aku wehhhh ... walaupun dah byk kali aku bagitau kat si Kevin, masih lagi tak berapa nak bersih. Hangin satu badan dibuatnya ... Yash plak mmg tak tegor dia langsung, walaupun sepatah perkataan - to the awek or even Kevin for that matter. Ada satu ari tu, aku tgh guna telefon kat hall, minah tu tgh beriya2 masak dan Yash pon nak masak. Last2 disebabkan makcik tu dah conquer dapor, makanya Yash simpan balik lauk yg dia nak masak kat dlm freezer. Kalah flatmate ... org luar buat mcm tu. Yash tak berapa suka, dan yg Yash bagi tau aku ialah pompuan tu ada kat flat we all spjg masa walaupun masa Kevin tak de kat bilik. Dia yg simpan kunci - Yash kata lagi itu isu keselamatan.
Rupa-rupanya, manager aku dah ENAM kali bagi amaran kat dia - 2 kali amaran drp RA, 2 kali anto surat dan lagi 2 kali manager aku sendiri warned dia face-to-face, and the budak pompuan tu gak. Punya la aku terkejut beruk, dan org2 pejabat mmg dok monitor perkembangan dia. Aku lagi la terkejut - sbb aku ingat mmg buang masa je cakap ngan org tak makan saman ni. Sebenonya si Kevin tu okeh je, aku dok ngan dia 1 sem, okeh pe. Cuma aku rasa budak pompuan HK tu je yg control dia. Sian kat mamat tu, gf dia pon satu hal - dah tahu si Kevin tu kena warning byk kali, cool down la dulu. Ni tak, makin lama makin menjadi-jadi, hah engko, kena tendang teruih! Memandangkan dia diberi notis utk kosngkan bilik selama 2 minggu, ha .. apa lagi, makin teruk la perangai makcik tu. Si Kevin tak le seteruk ah moi tu, dia plak yg lelebih - wrong channel la nyonya! Mmg nightmare betui, dia merampus sana sini dari mula sampai la hari dia blah. Hari dia pindah tu nasib baik la hari raya - satu hari suntuk aku tak ada. Aku bleh imagine mcm mana dia pindah, mesti Yash pening. Dan sampai la ari dia pulangkan kunci bilik, dia telah mengsabotaj apa2 yg dia boleh kat flat aku tu - dari bahan pencuci sampai le ke freezer. Macam2 hal ...
Skrg ni, tinggal 3 org je kat flat aku tu. Harap2nya tahun depan dapat la org yg ok sket - nasib baik si Yash ada lagi for next year. At least, aku bleh percaya sket kat mamat sekor ni. Si Yousuf tak tau apa cite, seharusnya dah abis dah thesis dia kan -- org kan tgh buat Master, jgn main2, org pandai ... hehehehe. Tu ari aku lunch skali ngan Harold dan Imas. Lama gak berborak2 pasal study. Dorang tgh bz nak carik keje utk summer memandangkan skrg ni sem dah abis. Cost of living kat sini makin hari makin mahal. Talking abt that, aku nak kena bayo yuran utk summer accommodation -- kopak aku beb ... abis savings aku satu tahun ...huhuhuhuhu ...
Aikkk .. si Bill datang plak. Hehehe .. pakcik tu ala2 tak puas hati bila dapat email Danielle. Danielle kata bil tipon mahai, ha pakcik tu gi explain. Dan keje2 mencilok2 yg dilakukan selama ini telah diketahui. Kepoh la dorang ni, kalau tak nak org cilok tu, simpan le dalam pusat kargo, LOL. Ni tak ... lambak sana sini. Dorang soh kitaorg amik kertas kat Lab bawah .. leceh beb. Lagipun itu dah jadi tradisi kat sini dari zaman aku mula2 masuk dulu - Zi ngan Marc yg ajo, pas tu Peter, pas tu tradisi tu si Bil yg teruskan - yg kini the main operator - hahahahaha. Pakcik ni adalah so far the most "productive" operator of all. Dulu2 , si Zi ngan Marc yg paling efficient, skrg ni dah ada pelapis, tapi tak lama lagi kena pencen. Hehehe...
Okeh le, nak sambung keje. Sambung later. Babai.