Monday, November 27, 2006

Dealova

Kali nih, bila balik lagu Dealova tengah popular. Sebenarnya, dulu pernah Shahrin kasik lagu ni kat aku, aku je yang eksyen, decline tak mo. Sedap rupanya lagu ni. Lirik dia dalam maknanya. Mungkin Shahrin pon rasa macam tu.


Tajuk: Dealova
Artis: Once


Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

(Chorus)
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi

Aku Rasa ...

Aku tengah pening-pening lalat ni. Kecoh nak gi bank petang tadi, bila sampai dah tutup. Tu bapak aku tu la, dia balik lambat dari Haslita, pas tu nak terus gi bank. Soh plak aku drive, aku ni bila orang cam kecoh, aku tensed up tau. Teruih blur jadinya, kepala pon lama-lama seberat guni PKC kat tepi kandang si Tuah.
Sebenarnya, aku ni baru balik dari Jitra 2 hari lepas. Sekarang di Segamat dan esok mungkin akan bertolak ke Penang kalau tak de apa-apa hal. 4 posts yang sebelom ini (Jalan-jalan Jadi Escort, Petang 2 Syawal & Sayang Ku) sebenarnya posts yang aku tak berkesempatan nak upload kat blog ni. Kalau ke CC di Jitra pon, aku tak bleh nak buat byk benda, cuma sempat utk semak emails je memandangkan mak aku ada. Bukannya bleh tunjuk blog nih, kang byk pulak soklan dia. Dia memang lah sediakalanya curious, kang byk plak cite yang dia nak tau.
Aku sebenarnya terasa penat. Semenjak aku balik, tak pernahnya tetap di satu tempat lebih dari 2 minggu. Selalu dok kat atas jalan raya je. And my work -- hmmm, memang bergerak terlalu slow. Semakin risau bila mula difikirkan. Harap semuanya akan beres dalam 2-3 yang akan datang. Kalau tak siap jugak, sememangnya aku sendiri yang menempah maut. Bukannya apa, kalau aku tak tolong parents aku, kesian pulak kat dorang. Frankly speaking, aku rasa kurang senang bila bapak aku dah mula sibuk keje balik. Aku lebih suka dorang duduk-duduk relax kat rumah, jalan makan angin, enjoy sana enjoy sini. Nak buat apa lah susahkan badan ke sana sini. Dah tua, patut berehat je. Bukannya dia ada tanggungan lagi, hutang pon tak de. Aku memang bleh jaga diri aku sendiri. Tapi bapak aku suka dgn ini semua. Dah lebih 6 tahun dia cuti berehat pencen, aku lagi suka dia temankan mak aku je. Tapi mak aku kata, biar lah dia, he misses his work. Aku bukannya apa - risau dorang sakit je nanti ... Nak cakap lebih-lebih pon payah gak.
Kat Jitra, dulu ada Tuah ngan Jebat. Aku ada gak tolong berus badan dorang. Tapi now, dorang pon dah tak de. Ada jugak pengalaman baru dengan landlord rumah sewa kami. Anaknya footballer yang terkenal kat Msia, tapi aku pulak tak kenal, mak aku tau la. Hehehehe, mintak maap la makcik, saya ni memang tak reti bab sukan ni, sebab memang tak berminat. Puan Noorin plak punya la kerek. Rumah teres yang lagik kecik dari rumah Yap dulu dia perasan "sempurna"- ptui ptui ptui. Kipas angin ceiling pon tak diketahui jenamanya, dia perasa bagus. Cheh. Aku rasa some peeps in Jitra tu macam cekik darah agaknya. Nak duit je, nak plak bila dia tau kita orang luar. Haiiihhhhh ...
Aku jenjalan ke Alor Star gak. Sekarang ni aku dah agak pro gak ngan jalan-jalan kat sana. Kalau had nak carik jalan kuar to the hi-way or kalau lalu kat Kepala Batas tu tak la sesat lagi. One of these days, aku ngan mak aku nak gi survey Giant yang baru bukak kat Souk Al-Bukhary tu & kat Star Parade. Kat Jitra tu bukannya ada byk tempat yang bleh pegi, Yawata ngan Jitra Mall ada la.
Aku gi Penang gak. Kalau gi sana, mesti aku bengkek ngan mak guard tua berkedut gincu pink tu! Bila ingat pasai dia, rasa aku nak tenyeh gincu tu kat satu muka dia. Nasib baik nampak keta mata air ... huahahahaha, terus tak jadi marah lagi. Dan a trip to Gurney Plaza sudah menjadi satu kemestian. Beli baju Mattie, baju Cekelat, baju aku. Hehehehe ... sekali kala je.
Okaylah, aku chaloh dulu. Nak gi mamam.

Sunday, November 26, 2006

Aku / Kau

Tunggu lah …
Akan tibanya waktu itu,
Untuk kau dan aku ...

Petang 2 Syawal

Hari ini 2 Syawal. Memang gembira rasanya di hati beraya di kampungku di Teluk Intan. Pengalaman menyambut hari lebaran di rantauan pada tahun lepas sememangnya sesuatu yang tidak segembira beraya di Malaysia. Dari rancangan TV yang pelbagai untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri, sehinggalah ke juadah-juadah enak di pasar/bazaar ramadhan. Baju raya ada, kuih raya ada, lemang, ketupat, rendang, nasi impit dan kuah lodeh, nasi impit dan kuih kacang, semuanya membangkitkan lagi keindahan menyambut raya di Malaysia. Dan bila dengar takbir raya, sungguh syahdu rasanya. Dah 4 kali aku beraya tanpa Opah aku. But I know she’s always there. Semalam abang and family datang ke rumah. Hujan pulak lebat, dari pagi hingga ke petang. Lepas hujan sidang, aku dengan mak aku gi beli telur dekat dengan kedai botol tu. Dari kedai, singgah kejap di rumah mak nyah. Dorang baru lepas menjamu seorang Dato’ yang datang beraya ke rumah dia. Makan mee goreng dengan udang galah lagi tu. Macam tu la kalau nak bodek orang. Tu bukan aku yang kata ok, tu anak dia yang kata.

Tahun ni je, Mak Nyah aku dapat 3 cucu. Bagus lah aku kata, rezeki pemberian Allah. Everything went well actually, sampaaaaiiii laaaa they popped the question. Tau tau la soklan ape yang aku maksudkan … ptui ptui ptui.

Salah ke kalau aku ni belum kahwin lagi? Hina ke aku ni sebab tak de orang nak kat aku? Aku tau la aku ni tak sehebat dorang, habis je belajo, semua terus kawin. 9 – 10 bulan lepas kawin terus beranak pinak. I know I sound harsh, but why don’t they for once think if they were in my shoes. How would you feel when at the end of the day they subtlely labeled you as a spinster? Aku tau la aku ni tak cantik, tak menarik macam dorang yang lain, serba-serbinya kurang.
Yeee … aku tau aku ni emosional sangat, tapi pada petang 1 Syawal semalam, aku betul-betul terasa. Rasa macam diri ni kurang sempurna. I would have given my reasons masa tu gak, but I didn’t. Silence is golden. Biar la apa yang dorang nak pikir. Lagipun, buat apa aku nak buang masa explain kat dorang, bukannya dorang paham, or nak paham pon. Tapi tu tak cukup for them you know, siap compare la aku dengan cousin aku yang sorang ni, hujung tahun lepas kawin, sekarang dah ada anak. Semacam satu kebanggaan bagi mereka – kind of “an achievement” - cam tu la. Aku tak rasa iri hati malah aku tumpang gembira. Kenapa dorang pon tak bleh nak tumpang gembira dengan pencapaian aku plak? Ni tak, siap ungkit-ungkit la pasal umur aku. Dah tua, tapi tak jugak kawin-kawin. Aku ingat tahun ni aku dah lebih bersedia nak tangkis bab kawin ni, tapi nampak gayanya semakin menjadi-jadi pulak. Agak sinis jugak la bila disebut berkali tentang "masalah" aku tu.

Masa tu, ada 2 babies berbaris berenjut dalam buaian depan dorang. Siap gelak berderai lagi. Jangan salah sangka, aku tak jeles tau. Tapi perkara seumpama ini lah yang buat aku lebih berfikir. Ada cousin aku yang sorang ni kata memang tak nak sambung belajar, cukup la sijil yang dia ada. Tak payah masuk universiti sebab ramai kawan dia tak lepas bila dah study. Lagi pon, cikgu maktab yang sambung blajo kat uni tu tak de rumah sewa macam dia (dia refer kat 2 rumah sewa dia kat Kebun Limau tu). Sebenarnya, aku terkejut dengar cakap dia tu.
Anak-anak Mak Nyah aku semuanya pandai-pandai belaka masa di sekolah dulu. Bila peksa, semua lulus cemerlang, dan masuk sekolah berasrama. Satu masa dulu, mak aku jugak slalu banding-bandingkan aku dengan mereka. Memang stress sungguh rasanya kalau you have to prove that you are better than them. Tapi itulah hakikatnya, aku memang degil, suka melawan. Aku tak suka dibanding-bandingkan. Aku dulu tak sehebat mereka, so what??? Jadinya, SPM ku pon seperti nyawa-nyawa ikan. Tapi Allah tu Maha Berkuasa. Yang diingat paling berjaya, semuanya ended up mediocre aje. Bukan aku nak berbangga diri, tapi bila dorang ungkit-ungkit pasal aku ni tak kawin, macam tak berharga, aku rasa panas cuping telinga.
Aku sememangnya tak “bahagia” macam mereka - tak de family sendiri, tak de laki, tak de anak, bf pon tak dak - tak bahagia la namanya kalau macam tu kan. Walaupun kelayakan akademik aku tak sehebat dorang, but hey … I am proud of what I have achieved ok. Sijil-sijil aku tu la “my babies”. Perjalanan akademik aku adalah segala usaha aku sendiri, tiada sedikitpun pengaruh / pertolongan sesiapa. Kegagalan di masa lalu mengajar aku untuk berdiri di atas kaki sendiri dan menghargai peluang yang diberikan. Kebahagiaan mereka kebahagiaan berumahtangga. Kebahagiaan aku akademik dan kerjaya. Tapi pernah ke mereka bertanya? Usah la diharapkan. Juih dimuncung adalah.
Hebat sungguh rupanya orang yang dah berkeluarga dari orang yang masih bujang. Tak kurang hebat jika dapat tambah anak sekerap boleh. Semakin hebat lagi kalau dapat menunjuk-nunjuk kekurangan orang lain dan berbangga dengan pencapaian sendiri. Buat-buatla tak nampak pencapaian orang lain walaupun secara hakikatnya ko tau yang orang itu sebenarnya ada kekuatan tersendiri. Aku sedar sape diri aku, dan disebabkan dari kecik lagi aku dibesarkan untuk berdikari, kalau boleh aku tak nak menyusahkan sesiapa. Tapi aku ni menyusahkan orang ke kalau aku tak kawin lagi, belom beranak-pinak? Mungkin ini takdir aku. Kalau aku boleh sabar, sape dorang nak cakap lebih? Apaaaa … kurang berjaya kah aku jika dibandingkan dengan mereka?

Syawal kali ini semakin terasa syahdu. Bahang hiba kerana kononnya aku tiada punya apa sehebat mereka … Save the pity (if you have any). I can survive (on my own). I do not have to live on others’ principles. Akan ku buktikan – aku juga seorang yang hebat – dan bukannya terletak semata di atas sebuah perkahwinan.

Jalan-jalan Jadi Supir (Part 2)

Today is my second day in Jitra. I went to the town, saja jalan-jalan. Just now, we had a short shopping spree at the supermarket nearby and the pasar malam. I saw ikan pekasam, terkecur air lior dibuatnya. And also fresh rebong, buat gulai lemak tu memang sedap. Tapi memandangkan masih tak sure where we will be tomorrow, jadinya tak dapat lah nak beli. Jitra looks ok to me. Too early to decide. Tapi it’s not the same like Teluk Intan or Segamat for the matter. Teluk Intan is my first home, I grew up there. Segamat is my second home. Che’Mat Sr., my tilam, my bantal pelok, etc. are there. Now Jitra. It’s going to be my new home as my dad will temporarily be based here. We (my mom and I) have been moving a lot lately. My dad’s work requires us to be on the move more often this time around. I don’t mind actually. My mum is very supportive of anything that my dad is doing, and me too. He’s happy to be on the move again. Well, the most important is that, we are here for each other. Being together is everything that you could ask for, at least until before I leave again. I learn many things when I came back this time around. Penat, but I am happy. With the Hari Raya mood in the air, it makes the celebration more meaningful. The experience of fasting in Parit Buntar, Segamat and Jitra is certainly new to us, berbuka puasa along the North-South Hi-way is no longer new to us. We welcome this next phase in our lives. We look forward to many more. I only pray good health for my parents and I. May Allah bless us in everything that we do.

Jalan-jalan Jadi Supir (Part 1)

Lolly has hoped for me to travel a lot in her last email to me (hehehe, sorry for having to reply your email yet Lolly, will do that as soon as I got everything settled here). And how true it was. Thus, less postings here (tu lagik la kan – alasan la dikatakan J)

Segamat – Tenang Station – Labis – Chaah – Bekok – Yong Peng – Ayer Itam – Kluang
Kluang – Ayer Itam (Hi-Way à Ayer Keroh – Seremban – KLIA Exit – Dengkil – Port Klang/S. Alam – Klang – Meru Exit)
Meru – Papar –Kuala Selangor – Tanjung Karang – Sg. Besar – Sekinchan – Sabak Bernam – Hutan Melintang – Seberang Perak – Lekir – Sitiawan – Lumut – Pantai Remis – Changkat Jering – Terong – Taiping – Bruas Exit
Bruas – Taiping – Gunung Semanggol – Bukit Merah – Bandar Baharu – Jawi/Nibong Tebal – Juru – Penang – Sg. Petani – Gurun – Alor Setar – Jitra/Malau


I was in Kluang in the morning and Jitra at night. We started at 10am and arrived at the destination at about 11pm – that is after more than 12hrs driving. I said “we” – yes – we referring to not only my parents and I, but also one truck driver (Encik Halim) and 25 male cows. Iye, betul la tu, 25 ekor lembu jantan - they are about 3 – 4 years old, weigh at about 350 - 370kg each on average and ready to be slaughtered in the near future. We were “escorting” the 4-ton trailer all the way from Kluang to Jitra. Kalau kita duduk dalam kereta pon dah penat, can you imagine standing all the way throughout the journey without any kind of roofing, liquid and food? That’s going to be one hell of a journey, not for something that you should be looking forward to as well.
Being behind the wheels and having the direct look on their face during the journey made me really very sad. Now I know why my dad prefers to have lamb or mutton than beef. It seems so inhumane to consume the meat when you deal with them in your work. The sad looks in their eyes were as if asking for some kind of pity. They were “telling” that they are “leaving”. Because of the heat, some were not able to stand the entire journey. A few, especially, the white one, were resting their heads on the railing at the back of the trailer. Though the haze brings negative outcome to us, but for once I was glad to have the haze yesterday. At least, they did not suffer extreme direct sunlight. We had to stop somewhere after the Ayer Itam exit as my dad saw some of the cows were trampled by the other cows. He was so flabbergasted. The driver was asked not to speed as the trailer that carried the cows behind was not flat. The trailer was a bit slanted at the back, thus making the animals to easily slight towards the end of the trailer. As a result, those standing / sitting at the back will be stepped by the ones that slided behind, despite of layering the surface of the trailer with sand. The sand functions as grips to cows’ hooves, so as to make them more stable should the road becomes hilly. The best layering of sand should be about 6 inches, and please, no mixture of clay type of earth. If it rains, it’ll too slippery for the cows to balance. That’s what my dad told me. And once they were un-loaded from the vehicle, they should rest for at least 2 hours. This means no food or water will be provided, or else they might die. Abrupt or immediate feeding is a big no-no as we do not want the stressed-out animals to be in shock. They must be calm before their feed - pellets of PKC mixed with some grass and some water. It sure is no easy job. In Jitra, they were unloaded in an abattoir area. So teruk kan.
Although I am glad they all landed safely in Jitra, but I was sad when I left the abattoir last night. Kesian, these animals will be slaughtered soon. Probably after keeping them for several days. Tuan Haji said keeping them for a week is quite good as the period will help them to recover from any injury they had from the long journey, as well as to ensure that they regain and pick up on their body index. My dad said the same too. Hambali and son, Azrin, Pak Kasim, Tuan Haji, and several others were there to unload the animals. We had to escort the trailer as it was the last trailer that left Kluang last morning. The animals were the last load that was supposedly to leave at 2am the previous night. However, it broke down near the Kluang Jail, and my dad had to go and look for the trailer. Since there was only one driver, my dad said he’d follow the lorry for the fear that the animals might stand the long journey. Another 3 lorries arrived at noon in Jitra, they didn’t suffer much as the ones we had. These were animals that were loaded near midnite and they were standing for exactly 24hrs! Kesian them. I even called one of them Si Benjol, sebad sebelah mata dia dah benjol macam telor. Mata dia pon bengkak. My dad said, he probably had that masa nak naik lorry malam sebelom tu. Bila tengok muka dia, alahai … kesian betul. Aku ni cepat kesian kat animals yang ada pitiful looks.
After that, we had late supper and reached the PJ2 Hotel at exactly 1.30am. By then, I was exhausted. My dad drove for 6-7hrs till Sekichan before I took over. I did 8-9hrs till we reached Jitra. Mengantuk tu jgn cakaplah – dah la malam gelap macam kopi, jalan pulak dekat hi-way at 80-90/hr. Uishhh … berbijik-bijik jugaklah cekelat yang ku makan. And I don't think I will like that PJ2 very much. Macam tak selesa je ...