Friday, August 31, 2007

50 Tahun Negaraku Malaysia


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 kepada semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada! Daripada apa yang diceritakan dan diberitakan, sememangnya tahun ini adalah tahun yang amat bermakna kepada warga Malaysia. Alangkah baiknya kalau aku juga boleh bersama-sama menyambutnya di tanah air. Sambutan di sini seperti tidak begitu menyeluruh, dan suasananya juga tidak sehebat yang aku harapkan. Acara main bola, jika dibandingkan, lagi hangat diperkatakan. Sambutan yang aku tahu hanya yang berkisar kepada satu acara makan malam besar-besaran yang mengenakan bayaran yang agak 'lumayan' (pada pandangan aku yang hanya seorang pelajar di sini). Kadang-kadang, kekangan kewangan lebih menuntut kita berjimat cermat untuk keadaan yang lebih memerlukan. Walau bagaimanapun, menyambut kemerdekaan negara boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara, tidak hanya mengadakan acara makan malam atau bermain golf. Masing-masing punya cara yang tersendiri.



Walaupun berada beribu batu di perantauan, negara ku Malaysia akan sentiasa tersemat di sanubari. Semoga kita akan terus bersatu hati dan berpegangan tangan di dalam membawa negara terus maju ke hadapan, dari segenap pelusuk lapisan.


Pictures taken from: http://gallery.thestar.com.my/default.asp?id=904

Friday, August 24, 2007

Laporan Mingguan

Aik, dah 4.15pm dah. It has been a long day for me today. Dah lama tak jenguk ke mari, memang sgt sibuk kebelakangan ni. Meeting pon berderet-deret. So, time nak mencoret sana sini amat lah terhad. Posting kali nih, just nak round up benda2 yg aku ingat je di sepjg beberapa minggu ni.

1. Superlolly celebrated her bday earlier this month. Hepi besday to her.
2. Fire alarm kat hall went off di satu malam minggu di mana all the boys tak de kat bilik. Nasib baik la satu mamat kat tingkat bawah tu tolong matikan bunyiknya. Bateri alarm tu buat hal :p buat malu aku je
3. Aku ada flatmate baru yg "illegal", di mana daripada caranya malam semalam mcm dah berpindah secara tetap kat flat we all - dah angkut la alat2an mandian, periuk belanga, dan semua makanannya. The three of us tgh tgk je dulu, saja nak bagi muka kat si Kevin, tapi kalau mcm semakin obvious, mintak maap la Ah Moi, sila keluar la kan. Ramai gak la aku tgk org lain berpacaran dan dtg utk sleepover, tapi tak le sampai berkampung halaman kan. Ish ... mcm senang je. Bukannya apa, baru kenal sebulan dah nak "move in" ... Apa raaaa ... Anyway, aku dah mention kat si Yash pagi tadi, so ... skrg ni bukak mata sket.
4. Tgh pikir2 kut nak gi conference. Hmmmm ... kena pikir bab ongkos tu.
5. "Keadaan yg merungsingkan" masih lagi belum diselesaikan. Alahai ... demam aku dibuatnya.
6. Bulan puasa akan sampai tak lama lagi. Gonna miss fasting back home. Huhuhuhu ...

Ok la, nak wrap up. Nak balik nak bobok, dah 3-4 malam tak puas tido pikir pasai meeting ari nih. Selamat berhari minggu.

Signing off.

Friday, August 10, 2007

Macam Mana

Aku dah agak dah ...
Tapi tak le seteruk ni kan.
Apa aku nak buat?
Hmmm ...

Monday, August 06, 2007

Hari Ini

Semalam tak lena tido. Mestilah ada sebab kan. Leceh betul, bila pikir pasal perkara tu. I just wish I can get over dan done with that stupid thing. Nasib baik la pagi nih tak begitu moody kan, kang seharusnya sume org pon aku fire. Su is back in action kat sini - tho for a short period of time. He's finishing at the end of the sem. Hmmmm ... best nye. Bill dgn baju kemejanya nak gi meeting dan si Mehnosh ada gak. Ok...ok... ari ni aku cakap ngan dia baik2. tadi gak ade meeting ngan Scroogie. Dia kata kena buat balik some parts, huaaaaaaaa. Mcm dah bengong aku ni. Tapi masih terkawal lagi - had ini la kan. In short, hari ni aku ingat aku akan jadik tak berapa waras, tapi akhirnya nampak mcm ok le plak. Angin punya la kuat skrg, aku rasa aku nak balik jap lagi. Semalam ramalan cuaca kata akan ada thunderstorm. Kang kut nanti terperangkap lak kat sini. Till then, adios.

Friday, August 03, 2007

Buang Masa

Skrg ni dah pukul 1pm, dan mmg sah secara rasminya, aku dok tunggu giliran kat bank selama sejam stgh *&^%$#@ tul! Buang masa aku je, pas tu, makcik kecut yg jaga counter tu plak ckp nama company yg aku nak dia taruk kat bank cheque tu pjg. Buduhs betul, bukannya aku yg bagi nama company tu, so bukan salah aku kan. Aku tau la ada ramai org, tapi aku pon tensen la jugak kan, dah le ramai org, counternya ada le 4-5 je, pas tu tunggu berjam2, berasak2 kat lam bank tu tau. Aku ni customer, walaupun duit aku ade ciput je kat bank tu, tapi dia mesti treat customers baik2 ... mentang2 le aku ni student je ... nak plak slebet je dia tgk kan. Huh! Berasap aku, dah tu lapo lak...ish ...Nasib baik cuaca punya la bagus ari ni. Siap beli fruits kat pakcik OZ la lagi... hahahahahaha, mmg in need of fruits pon. Nampak juicy je, jadinya aku pon try la. Kalo elok bleh beli lagi nanti. Pas tu aku pon terus tapau lunch kat tmpat biasa, and pas tu landing kat sini. Ada byk keje yg kena buat by ari Senin minggu depan.
Ada tak aku cite yg si Kevin dah ada awek? Tak de kut. Muahahahahahaha... awek yg dia baru jumpa 2 minggu lepas, dan awek tu telah dtg without fail to our flat setiap hari, tak kira siang atau malam -- for obvious reasons la kan, kalau dah bermalam hampir setiap ari. Si Kevin ada sklai tu tetiba aje cakap minah tu kawan biasa je. Aku plak tgh masak, terkejut gak, mcm confession gitu. Hahahahahaha ... dgn selambaknya aku kata ... ade ke aku tanya pasal minah tu?? Aku kata lagi kat dia, rilek le brader. Dgn aku senang je, lantak ko le ko nak kawan ngan sape, nak buat ape, janji ko tak kaco aku. Masing2 dah beso kan, pandai2 le bawak diri. Minah tu, aiseh, kat mana Kevin jumpa pon aku tak tau. Awek cina tu nampaknya mcm suka mencommand si Kevin. Si Kevin ni plak masih lagi di tahap innocent - mamat tu yg segan lebih dari minah tu. Si aweknya, amboi ... ibaratnya nya skrg nih, flat mu, flat ku jua. Aku cakap mcm tu ialah sbbnya aku tak suka share jamban aku ngan pompuan tu. Aku bleh terima kalau ko nak guna, tapi kena la guna baik2 kan. Ni baru 2 minggu dia "tumpang" guna, tombol pintu tu rosak, dan dgn pintu2 tu skali kena panggil tukang kayu repair tau!! Kena potong, kena cat ... kacau tul. Sian kat jamban aku, dah ilang identitinya. Yang mamat 2 org lagi tu, nampaknya mcm sihat sentiasa - Yash masih bz memanjang keje part time, dan masih dgn nota2 kat atas pintu si Kevin and Yousef. Si Yousef, nampak kelibat dia je pagi tadi setelah many days MIA. Mamat sekor ni plak ... hehehehe, suka bebeno guna coconut shower cream, tu tenyeh ngan span cuci badan tu, nganlahkan org pompuan. Kalau pas dia mandi, mmg ko masuk lam shower tu mcm gi masuk dlm satu tong dram yg penuh ngan nyor. Hehehehe, mcm2 fiil deme.
Kat lab nih, ada si Bill je sorang. Si Lynn dah kuar, si Mehnosh aku jumpa smlm. Jeff lak, aku jumpa last week. Aku ni ada kehilangan calendar ngan magnetic sticker, ntah sape yg kebas aku pon tak tau. Dah lama aku menghuni tmpt ni tak le plak apa2, cuma minggu lepas je yg ilang. Jeng jeng jeng ... nak suspect org plak tak de bukti kan, so skrg ni, simpan je le brg2 yg sayang kat locker and kunci. Tapi akau ala2 tak berpuas hati ngan si Mehnosh sbbnya anak2 dia slalu lepak kat sini. Door code pon diaorng tau. Dulu, James slalu gak dtg sini, tapi dia ketuk dulu sbb dia tak tau code ape, tapi ngan makcik sorangnih, nampaknya mcm semua kerabat dia ada access. Aku akan KIV dulu perancangan aku . Dia kata smlm... Ohhhh ... u looked happy today. Hek eleh ... mesti lah aku looked hepi sbb aku pas makan. Perut aku kenyang. Mesti dia ingat aku ni moody gila babeng. Mmg la aku moody - nak je aku ckp - kat ko sorang je. Hahahahaha, nah ngko. Sbbnya dia suka tanya soklan yg tak mengikut keadaan, dan komen2 dia buat aku marah je. Tak bleh ke kalao cakap hai u, hai me, pas tu sambung buat keje masing2. By that I mean, tanpa membawa geng cik kiah dia masuk dlm lab. Distracting tau... sbb dorang kalau berbisik tu tak mcm berbisik. Satu bilik bleh dengo. I wonder whether they realised that or not.
Dan just now aku baru je bersembang ngan si Bill. Dia kata Scrooge dtg cari aku 2 days ago. Hehehehe. Bill kata he seems to be a nice man. Aku kata ha'ah, mmg dia a nice man aku ckp. Pas tu Bill gelak, Bill kata all men are nice. Cheh, aku replied. Mana de, some men are scumbags. Lol! You dont have to be harsh, *******. Tu generalising dia kata. Mmg ada men yg scumbags but most of us are nice. Hahahaha... ye la tu.
Okeh, dah pjg dah nih. need to get back to work. Sambung later. Have a good week-n. Tata