Friday, November 30, 2007

Rosie, Mel, Rosie & Beena

Quite a lot happened this week, in uni as well as at home. Kat uni, biasa la, study-related. Yang kat rumah plak, orang sibuk berpindah randah. I am so happy that this time I do not have to vacate my room. Kalo tak, jenuh le aku nak ngangkat barang turun naik tangga. kalau rendah tu tak pe le gak, ni tingkat 3, dan dgn barang2 aku yg berkotak2 tu, eeeeeiiiiiiiiiii ... tak bleh nak imagine ... sakit badan2 dibuatnya. Disebabkan blok aku tu tak terlibat ngan kerja renovation, makanya those dari blok yg terlibat kena la pindah kuar. 2 of them landed in my flat. Kali ni, dorang kasik sumenya pompuan. Disebabkan aku ni dah setahun dok ngan boys, makanya kehadiran makcik dua org tu was kind of a bit different kan. Aku rasa Yash pon rasa mcm tu, tetiba je ramai le plak pompuan kat flat tu kan.
Tu tak pe lagi, hari dorang pindah tu ari, Yash sure terkezut nengok barang2 deme. Ok la, aku admit aku ni antara org yg byk barang kat flat tu, tapi tak sangka ada orang yg lagi byk dan byk dan byk brg dari aku tau. Sume lemari kat dapor tu dah penuh, periuk2, kuali2, alahaaaiiiii sume jenis alat memasak le ada, meja khas utk taruk buku memasak ada, bermcm buku resipi, sampai dah takde tempat kosong lagi la. Dalam peti ais ngan freezer jgn cakap la kan. Nama lagi pompuan, haaaa berwarna warni pink la dlm shower. Hahahahahahaha ... Yash dgn tersengeh-sengeh cakap kat aku -"it was so sudden that this flat turned into a female flat". Lol! Tergelak beso aku bila dia cakap cam tu. Aku cakap bagus pe, dikelilingi ramai pompuan. Dia replied - mmg la bagus, tapinya dia dah nak balik esok. Hehehehe. Sok dia dah nak balik, gonna miss him. Walaupun aku tak rapat sgt dgn the boys, tapi dalam ramai2 tu aku percaya sket ngan dia. Boleh la diharap kalau ada apa2. Hormat orangnya. Nasib baik next year I'll still be sharing the flat ngan dia. Ada 2 org baru akan masuk.
Ok - flatmates baru utk summer ni ialah Rosie and Melodie. Rosie dari China, dia gynaecologist dan mature student yg tgh pursue PhD - public health kalau tak silapnya. A nice person to talk to, dan simple orangnya. Mel plak is an OZ, dan active betul budak tu. Tak le budak, sbb she's 25, tapi manja gitu. She loves to talk - segala macam la yg dia suka cakap, dari bab keje, study sampai la dia nyer crush kat si Will. Hehehehe, kelakar pon ada. Dia budak undergrad - in journalism. Skali skala sonok gak, to have the company of rakan sama gender, hehehehe. Tahap kebersihan jugak bagus, tak le mcm gf si Kevin dulu yg pengotor tu. Setakat ni nampaknya boleh la diterima. Masing2 respect privacy flatmates lain. I hope tak de org yg akan masuk bilik Yash, 3 org rasanya dah ok dah, tak yah le lagi org lain. Leceh.
Bila aku panggil Rosie kat flat, aku teringat balik kat bestfren aku Rosie. Dah lama lost touch, dan dah 7 tahun aku tak jumpa dia. I really miss her, takde kawan2 aku yg sama macam Rosie. Dia ngan aku sama2 Virgo, sama2 baran, sama2 degil. Kalo gaduh pon, sama2 nak menang, hehehehe. But last2 sama2 mintak maaf. Tho both of us sama2 degil, we understand each other so well, tak tau mcmana nak explain, but somehow, kitaorg share byk benda. We have been through so many ups and downs together dari masa kat Kajai, Ipoh dan sampai la kat Melaka dulu. Rosie tu aku sorang je yg slalu panggei dia, Ayuz, Atie ngan Anne slalu panggei dia Che' Rose. Anak sedara Ayuz (anak K.Rina) dulu pon panggei dia Che'Rose, termasuk la mak aku, mak su, dll. She is certainly one of the best friends I have ever had, selain daripada Ayuz. Carik punya carik, ntah mcm mana, I managed to trace her last email add. And guess what - I finally got to talk to her again. Punya la gumbira nya rasa di hati. Rindu sama dia, byk sungguh yg nak dicakapkan. Lepas cakap ngan Rosie, teringat kat Ayuz. Ape la cite agaknya minah tu. I'll give her a call one of these days.
Tak cukup ngan Rosie, Beena pon tetiba email aku. Hehehehe, sori beb, lama tak anta berita. Makcik tu rupa2nya baru balik dari cuti bulan madu kat sabah ngan swak ngan uncle Rodzi. Dan sedang bertungkus lumus ngan proposal dia skrg ni. She's one of my good friends kat Penang. Kaki mi udang aku tu ... hehehehe ... Kalau tak jumpa dia bila kat Penang, hah siap la ngko, punya dia komplen - dia slalu kata - aku ni mcm biskut, kejap ada, kejap tak de. Lol. Siap promote steamboat special dia kat aku lagi, pandai masak makcik tu, dalam sakit2 ngan kesibukkannya tu, sempat gak buat open house. Nak dipendekkan cite, lagi la aku tak sabar2 nak balik kan. Sonoknya weh ... aku nak balik ...

No comments: