Wednesday, April 30, 2008

Berasap

Petang semalam ada fire alarm. Aku ni kalo dengo fire alarm, kalut semacam. Dah le tgh cakap ngan K. Yuss time tu, ngan laptop lagi nak kena padam, nak save keje lagi, alarm plak, makin lama makin kuat. Haru dibuatnya. Turun2 jek kat bawah, tgk2 ramai yg berkumpul kata tu fire drill jek. Cis cis cisssssssss ... buang karan tul.
Naik2 je ke atas kat balcony bertembung plak ngan Abdul Aziz. Lama tak jumpa dia, pe lagi, dok la bersembang ngan dia. Lama pulak le, cite pasal study. Dia baru balik dari camping trip, up north, atas lagi dari Broome. Camping trip utk field mapping katanya - carik batu2 utk direkodkan - something like that la dia cakap - sedimentary rocks. Hehehehehe ... dia siap cite kat aku la - ada 3 layers batu batan, satu daripadanya sedimentary tu la - kut betul ejaan aku, kalo salah, bunyiknya mcm gitu2 la, hehehehehe. 2 minggu dia ke sana, dia kata letih. Sume coursemates dia gi, and byk lalat gak, byk as in ko bukak mulut nak makan, ngan lalat2 tu skali ko ngap lam mulot. Tu kena pakai netting tu, teringat kat soklan Linda before dia dtg sini - sama ada dia kena bawak cermin mata yg ada net. Hehehehehe ... Aziz kata dia nak sambung blaja utk postgrad dia - tapi tak sure kat mana. Dia tgh survey kat satu uni kat Canada, tak pon kat US or UK. Mamat ni dapat sponsor utk terus ke PhD dalam area dia seblom balik keje. Area dia carigali petroleum. Org minyak ni - loaded beb. Dia ada gak mentioned yg si Yousef tak jadik ke Ireland. Right now, dia dah keje, nak sort out things, nak carik duit 2-3 tahun, kawin dulu baru sambung blajo. Ikut suka la, kumpui duit pon baguih gak.

Tgh rancak berlabun ngan si Aziz, si Billie la plak join. Billie ni nama betui dia Bilal. Hahahahaha - dia Australian, rumah dia kat Darwin sana, tapi keturunan Paki. Dia cousin si Imran. Dia kata org sini tak reti nak sebut "Bilal" tu, last2 melekat terus nama Billie tu. Mamat ni happy go lucky sket, suka masak. Tu ari, siap cite le resepi gulai rempah dia, dia kata bapak dia chef. Dia kata gulai rempah omputih sini tak sedap, kena yg ala2 traditional jugak. Pas tu dia dah kaypoh2 pasai kunci bilik, ntah mana dia campak, dia tak ingat dah. At the same time dia kata nak kena gi laundry, tak dak baju nak pakai dah. Mel, pagi tadik aku jumpa dia. Dia tgh mamai baru bangun tido, ngan baju2 tido ngan rambut kusut masai tu nom orange juice kat balcony kitchen. Hehehehe, lepak memanjang, kelas at noon katanya.

Mcm2 dorang ni. Si Yash pulak last weekend minom byk. Kol bape dia balik aku tak sedo, but I am sure that rasanya si Jas pn ada. Apa pon kol 6am, dia dok muntah kat mangkuk jamban tu. Hehehehe ... tghari esoknys, dalam hangover tu, siap nom vitagen satu botol, gosok gigi, amik sweater, terussssssssssss gi jejalan. Hek eleh... tersengih memanjang dia ... sempat le cite dia minom "too much". Si Ah Pek lak, masih kalut ngan assignment dia lagi. Kasut2nya sume bergelimpangan kat hall, sbb bertapuk kat bilik, hah bau kurang enak. Tu bukannya apa, dah le cuaca semakin sejuk, pas tu deme budak lelaki ni, kadang2 maleh nak basuh baju. Hah, pe lagi, terkepam le baunya. Alamak, sambung cite sok lusa ok. Ada org carik aku la plak. Aiseh ...

Wednesday, April 23, 2008

Life Just Is

Pagi tadik aku gi attend seminar. Abih at noon, dah le ujan sepanjang pagi, aiseh... punya la liat nak bangun. Ramai gak la yg attend, walaupun currently students are having their study free week. Sesampai je bila dah check attendance dan amik nota ... hek eleh ... ada individual presentation la plak. Memula tu rasa kalut le gak, out of the blue ... nah ko, kena present. Aku ni phobia sket bila sampai bab public speaking.
But surprisingly, things went very smoothly. Jumpa Mel, Caryn and Joy kat sana. Shaphan pon ada, dah lama sungguh tak jumpa mamat ni. Nampak semakin mature gak. Team mates aku sumenya kelakar - tak kering gusi dibuatnya. Mel, David, James, Rosemary ngan Maria mmg ada je idea nak cakap. Macam2 pengalaman nak share. David lak dok sambung pas seminar cite pasal Marc, Peter ngan Andy. Teringat time masa aku memula sampai dulu. Dorang ni la yg byk bagi tips kat aku, Zi lagi sorang yg byk bercerita. Anyway, bila time individual presentation tu, hah ko ... masing2 gila kuasa nak cakap. Rasa impromtu pon ada gak la. Masa pon cepat berjalan when you are having fun. But all in all, the seminar was really a very good one. Byk gak yg bleh dipelajari. Utk hari depan tu. Lupa lak, Ron pon ada tadik, dia one of the presenters dalam sesi tu. Aku rasa tangan dia patah, sbb berbalut. Dia dok kalut guna PC sbb audio CD yg dia nak mainkan tu tak mo berbunyi sampai le abis dia present. Pakcik ni pon lama aku tak jumpa dia, blom sampai masanya lagi. Tak lama tu, nanti2 aku mesti datang berkunjung.
Bila cakap pasal Ron, teringat la plak kat Scroogie. Pakcik ni punya la pjg umornya, tgh aku terhegeh2 kuar dari toilet, dia nampak aku dan apa lagi, terus memanggei2 aku. Aiyoyooooooo ... tak bleh nak lari lagi. Lama gak le bersembang ngan dia, dari bab keje aku sampai le ke interview minggu lepas ngan seminar pagi tadi. Aku cakap kat dia, keje tak siap lagi (*dgn muka yg malu*), so tak dak benda nak tunjuk kat dia minggu ni. Nak plak ari Jumaat ni cuti Anzac Day. Omputih Anzac Day kat padang, aku mesti Anzac Day kat atas katil punya la. Dia kata minggu depan dia akan tipon sbb dia nak "... go through ALL items ..." ngan aku. Nak cakap apa la kan ... tersengeh je le. Ingatkan bleh la melepaskan diri, nampak gayanya ... timing dia lagi bagus. Alamatnya, kena la aku siapkan keje yg tak siap tu. Dia kata pas meeting tu nanti, dia nak check balik semua changes. Sheeeeshhhhhhhh ...
Tadi dapat email Beena, dia kata ada berita sedih. She's been diagnosed having a fibroid in her uterus. Terkejut aku dengo, and from the email, I know she is really feeling very sad. Bila ada byk perkara yg nak dilaksanakan, ada lagi perkara yg terjadi. Yer la, ini satu dugaan, mungkin ada hikmahnya sebelom dia ke Adelaide. I don't now what I should say to her actually, but I'll pray for her. Semoga dia tabah slalu, cepat pulih seperti sediakala. Lolly plak ada problem ngan visa dan PR application. Mungkin tak bleh nak extend, so ... she's not sure whether to go back atau nak ikut Sven balik Germany. Nampak gayanya, mungkin Sven kena tamatkan pengajian kat Germany instead of in Tasmania. Baru nak mula kat sana, ada la plak halnya. Semua ni di luar jangkaan kita. I can onl y wish her all the best. If she decides to leave, tak dpt le aku jumpa ngan dia lagi. Nak kena call ni, nak tau cite sebenarnya.
Ada seorang org tu plak, balik cuti2 Msia ari nih, kui kui kui ... kita tak heran laaaaa! (<-- tu jeles sebenonya :P) Mana de maksud lain aihhhh.
Aku sebenonya ingat nak letak posting ni sok, tapi aku rasa esok aku sibuk lagi, so .. this is for this week. Lain kali cite lagi. Ta.

Friday, April 18, 2008

Cerita Minggu Ini

Dah ari Jumaat dah. Pejam celik pejam celik dah ujung minggu balik. Ari ni aku sorang je kat lab, Bill and Caryn dah chaloh. Pakcik Scrooge called tadik pagi sbb meeting tak jadik. Dia nak buat meeting ari Rabu lepeh, aku plak tak de. Hehehehe ... tak gi skolah ari tu, sbb aku tgh sibuk baca some chaps from a book. Dia kata minggu depan dia panggil balik. Dia ni suka mention new terms and words, aku plak, bila dengo benda yg pelik2 ni, alahaaaaaiiiiiii, risau memanjang. Yer la kan, that means more work. Kerja yg sediakala ada pon tak terabih, ni nak tambah lagi, bleh groggy dibuatnya.
Hari Selasa tu ari aku gi attend interview kat Chancellory. Nasib baik le aku pakai baju elok sket, sbb sume org pon dok pakai baju formal. Jenny called ari Jumaat lepeh soh aku attend interbiu tu. Ada 7 org lagi students yg sama group ngan aku, panel interviewers nyer sume Professors dari uni luar dari WA - tak salahnya ada dari QUT, RMIT, Unisa, dan several others. Soklan dorang tanya ok la. Dalam group tu, separuh domestic students, separuh lagi international students. Masa sampai tu, tgk2 name tag dah siap kat atas meja, beso giler siut. 5 batu dah bleh nampak :P Anyway, dalam group aku ni ada la sorang minah dari Msia. Makcik ni, hmmmmm, menurut kata sumber yg bleh dipercayai, ala2 pilih org sket bila nak berkawan. Dia ni aku rasa kategori org yg berduit, sbb dia ada pertalian kerabat2 diraja sket. So bila kat sini pon, dia lebih suka bergaul ngan PR yg mmg dah lama dok sini. Some friends kata, dia ada 'eksi' sket. Ada la tempias2 'eksi' tu yg aku nampak masa time interview tu. Aku senyum dan tegor la dia, for formality sake kan. Dia kata dia tak ingat aku, aku kata small matter, aku ni low profile. Siap tanya la attachment kat mana. Hehehehe, sori le makcik. Kut stakat Seksyen 2 sampai Seksyen 18 tu, aku rasa biasa2 je. Aku lama dok sana dulu and bila aku cakap aku nyer, dia teruih diam. Pas tu aku kata aku nak blah while she was mumbling to herself. Apa2 la makcik, I'm just not impressed. Hahahahaha, ikut suka ko lah nak cakap ssorang. Aku angkat kaki teruih gi lab.
2-3 ari ni ujan slalu kat sini. Si Bel masak gulai rempah sayo 2 malam lepeh, satu kuali beso, sume jenih sayo dia taroh, termasuk le seketui tauhu lembik tu. Memandangkan dia beriya2 nak soh aku try, aku pon makan le. Dah agak dah, paste rempah dalam botoi yg ready made tu tak bleh lawan gulai rempah yg kita slalu makan kat Msia. Tak kena rasanya. Tapi makan je lar, org dah bagi. Dia kata kuahnya cayor sket sbb dia pi buboh lagi ayor nak kasik cepat masak. Hehehe... kuali dia kan dah le beso, pas tu dia tak de tutup kuali tu, ditaruknya tudung periuk yg kecik tu kat tgh2 kuali tu. Hehehehe... mcm2 minah ni. Si Josh plak, mengadu dia tensen sbb ada 2 assingment due same date. Bukannya byk tau, baru 1000 words for each assignment, dia dah gabrak. Siap stress2 lagi. Dia kata, last week dia hampir2 nak quit from uni sbb tak bleh nak handle pressure. Aiyoooooooo Ah Pek aaaaa ... ni baru first year, first sem. Kalau yg mcm tu pon tak bleh nak handle, cam ne nak cope up dgn the more semesters coming up nih. Time management kena bagus la aku cakap kat dia, dalam hati aku kata, time management sendiri pon tak baguih lagi ada hati bagi suggestion kat org, hehehehehe. Yash plak sakit, agaknya kena angin kus-kus. LoL, aku rasa mamat ni dah tangkatp lentok ngan sorang minah Benggali dari Seksyen 3. Siap dia intro kat aku dan sume org kat flat tu. Minah tu plak aku ingat dah lama dok kat housing we all, rupa2nya freshie ... baru sampai last Feb. Minggu ni, bleh dikatakan tetiap malam le si Jas dtg bertandang ke flat kitaorg. 2 malam lepeh, amboi ... siap bershaving dan pakai minyak wangi la si Yash di tgh malam jeng jeng jeng. Malam tadi dinner skali. Muahahahaha. Bagus le. Pakcik tu dah solo beberapa sem lepeh si Mathevi blah balik kampung. Jarang2 kawan pompuan dia dtg, tapi kali ni si Jas mcm regular plak. Even si Bel tanya if Yash is going out with her. Hehehehe, she seems nice. Lawa gak, a bit better than Mathevi. Minah ni musti syok kut, yer la, baru sampai dah ada senior yg berkenan. Tinggi la saham kan.
Okeh, kena stop sini. Ada several things I need to finish up sblom balik. Sambung next time. Selamat berhari minggu.

Friday, April 11, 2008

The New Melaka

MELAKA
(pics of the new melaka as forwarded by KZILL & AH SUI)


* The first pic really reminds me of a painting by Jehan Chan - a painting of blocks of houses in Melaka - they came in red and blue. Just spectacular - from the eyes of an artist. I met Jehan once and visited his place/gallery near the Jonker Walk. My uncle was interested in his paintings.

The New Melaka (cont)

more pics of the new melaka



Tuesday, April 01, 2008

Rambut Baru

Hari ni aku gi set rambut. Hahahahaha ... potong rambut daa. Ada la elok sket, kalo tak tu, udah serabut senget sana sini. Kali akhir aku gunting rambut ialah masa kat Jitra tu ari. Punya la aku tak puas hati sbb satu kakak Siam ni kerat ikut suka hati mak bapak dia je. Aku rasa rambut aku tu tobek kat byk tempat tau! Tu haaaa... kat kedai rambut depan supermarket Aneka kat PJ3 tu. Dah le kakak Siam tu tak paham cakap Melayu ngan omputih, kena guna khidmat penterjemah lagi. Aku agak pasal tu le rambut aku tak cun di kala tu, hehehehe. Nak cun mcm mana lagi, semakin menipis you :P
Ni hari, Ash cuti, si Jessica yg potong rambut aku, si Tash yg memblow nyer. Si Jessica ni, ada lebih dari 20 piercings kat badan dia tau, kat tinge je ada 14. Kat mulut pon ada gak. Tak dapat aku bayangkan macam mana le rasanya kalo ada sayo sawi ke, sayo bayam ke sangkut kat situ. LoL. Tu tak masuk segala tattoos yg dia ada kat badan dia. Dari Australia sampai le ke Spore dia pi buat tattoo tu. Dia kata lagi byk kale lagi mahal wooo. Ishhhh ... terror tul. At least si Ash ada subang bagak itam tu satu, makcik ni tak terkira. Tattoo dari yg kecik sampai le yg beso. Aku tanya gak, ko ni ada mcm group sendiri ke .. tu ha, mcm ala2 set budak2 gothic tu, dia kata tak de, cuma suka2 je. Tukang gunting dorang yg baru - si Ebony tu - kata si Jessica lagi teruk dari dia. Tattoo hampir seluruh badan. And she's training to be a tattoo artist, dalam apprenticeship mcm tu la. Aku sebenonya admire tattoo dan tukang buat tattoo, bukan senang kejenya, tapi bila bab tahan2 sakit tu... ish mintak maap aje la. Tak rela aku.
Pas tu aku kena bayo sewa bilik yg ada satu minggu tertinggal. Duit lagi. Pas tu gi cucuk duit sbb poket sudah kering beb. Duit lagi. Alahai ... byk nya aku dah belanja ari ni. Gi lak kedai cermin mata nak beli lenses nye solution, sume2 pon dorang dok taruk 3 botol skali. Last last aku beli yg travelling bottle tu, nanti aku nak gi carik kat Waterford. Botol yg kecik tu pon tak terabih, ni nak kena beli botol beso. Tak kuasa gua. Aku ni skali skala je guna lenses kat sini. Ni pun nak ngabihkan lenses yg powernya sikit ni, skrg ni power cermin mata aku dah naik. Makin rabun dah aku ni. Kalau nak gi lecture, sudah seharusnya aku kena dok nuuuuunnnnnn line no.1 dari depan. Kut dok kat blakang terkebil2 je nak wat pe.
Balik lab, si Bill ada. Pakcik tu baru abih lecture. Hehehehe, dia kata ari ni abih cepat. So, dia rasa tak best, takut students komplen. Al-maklumle, kelas 2 jam, sejam stengah dah abih. Aku cakap kat dia, kalo aku la student dia, aku musti suka, abih kelas cepat. Hehehe, pakcik tu kata, maybe dia tak elaborate abis, skema tul pakcik ni.
Semalam hujan lebat kat sini, sehari semalam tak henti. Ada kes banjir gak yg dilapaorkan kat TV, cuaca pon sejuk. Bila daylight saving dah abih, cuaca pon bertukau. Now, masuk je kol 5 dah nak gelap. Mcm tukang baca berita sorang ni kata, bila tido masih summer, bila bangun udah winter, hehehehe. Malam tadi, udah start le membungkuih dalam selimut, kut 10pm aku dah bobok dah. Sejukkkk beb ... tilam pon memanggil manggil aku soh tido cepat. Hahahaha. Aku ni nak tipon si Lolly, dah lama aku tak cakap ngan dia. Nanti aku sambung key. Tata.