Friday, December 14, 2007

Yahoo!

Muahahahahahaha ...
Akhirnya,
here I come!
Tunggu tau,
*jeng jeng jeeenng*

Monday, December 10, 2007

Rambut oh Rambut

Dah kenyang dah, baru lepaih makan. Hari ni kena gi uni cepat sket memandangkan aku kena gi potong rambut. Udah tak terurus lagi dah, jenuh le jugak si Ash teleng sana teleng sini nak memotong rambut aku. Bila duduk je nak gunting rambut, benda pertama yg aku pikir ialah - haihhhh ... dah semakin nipih rambut aku ni, huhuhuhuhuhuhu ... ntah apa le aku nak buat. Agaknya aku cuci rambut tetiap ari kut. Kalo aku tak cuci, tak senang duduk dibuatnya. Mcm ada je benda yg tak kena, dah jadi habit. Bila mandi je, aku mesti cuci rambut. Gamaknya itu adalah salah satu faktor penyumbang sbb kenapa rambut aku semakin menipih selain drp sbb2 lain. Aku ckp kat dia, kasik potong pendek habis - kalo idak rimeh dibuatnya.
Lepeh tu aku gi beli makan, jumpa ngan Shireen, borak2 le jap ngan dia. Makcik tu, hehehehehe, tgh tunggu mak dia gi jumpa bakal keluarga mertua dia kat India. Makcik tu keluarga dia dah arrange a suitor for her. Katanya, mamat tu tgh study PhD kat UM, dan lepaih tu nak pindah ke Spore. Jadiknya dia tgh tunggu keputusan keluarganya, kalo jadik dia kena balik kawen, kalo idak dia nka apply PR kat sini. Aku tanya dia, dia ok ke ngan arranged marriage, dia kata dia dah biasa. Dia dibesarkan dgn that idea, yg kelaurga akan aturkan. But i think she'll be just fine. Shireen ni adalah diantara beberapa org Spore yg aku kenal baik budi pekertinya - yg lelain tu tak bleh nak pakai sgt, harap gaya le lebih. Aku harap everything is going to turn up fine. Jgn jadik mcm cite Sivasothie dah ... hehehehe.
Apa lagi yek ... oh ye, ari minggu yg baru lepaih ni, org RTM1 ada dtg buat kunjungan kat sini, nak buat penggambaran utk sambutan hari raya haji kat perth. Makanya, rumah K.Ijan telah menjadi "port" biasa utk berkumpul beramai2 nih. Yang aku dengo, sempat le K. Yuss masak 10 kilo laksa, dan berpulut2 peket nasi impit. Hehehe, byk tu. Aku tak gi sbbnya tgh sibuk ngan keje aku yg due esok hari, yg mana tak siap2. Dah lebih seminggu aku membuatnya, idak2 jugak siap. Malam-semalam, aku rasa nak je aku koyak2 sume kertas tu, mcm dah tak larat lagi dah. Dah tepu dah, dah tu tengkuk aku ni pulak buat hal, sakit, nak toleh ke kanan langusng tak bleh. Lagi satu, dah nak kematu rasanya asyik duduk mengadap PC, nak demam pon rasanya ada. Ni lah penangan buat keje lambat, diri sendiri gak yg mengeluh. Last2, aku tolak tepi sume barang teruih tido. Tak larat dah.
Ari ni tadik sepatutnya ada lunch date ngan Iem ngan K.Yuss. Tapinya aku lupa nak tulih kat diary dan telah terlupa teruih pasal tu. Jadiknya K.Yuss gi ngan Iem je, sbb aku kata nak jumpa ngan Scrooge tgh ari ni. Nasib badan ... pe nak buat. Kat rumah, biasa2 je. Jumpa bapak Mel, Pakcik Gordon. Tak mcm mel langsung. Mel ada facy dress party last night - dia gi ngan kawan dia - sbg Scarlett O'Hara dan kawan dia sbg Cleopatra. Dorang ni start makeup aku rasa kol 4pm, aku tak tau le mekap ape, tapi berjam2. Kol 7.30 baru dorang gi. Omputih ... deme mmg suka gi berparti2 ni, melaram memanjang. Hehehehe, si Mel siap le beli 2 pasang kasut nak match ngan baju maroon nye tu. Kelakar pon ada, malam semalam dia terloncat2 dlm bajunya tu ke sana sini. Ada topi senget tu lagi, ngan payung kecik.
Gtg now, nak sembang ngan K.Yuss jap. Nanti sambung.

Friday, November 30, 2007

Rosie, Mel, Rosie & Beena

Quite a lot happened this week, in uni as well as at home. Kat uni, biasa la, study-related. Yang kat rumah plak, orang sibuk berpindah randah. I am so happy that this time I do not have to vacate my room. Kalo tak, jenuh le aku nak ngangkat barang turun naik tangga. kalau rendah tu tak pe le gak, ni tingkat 3, dan dgn barang2 aku yg berkotak2 tu, eeeeeiiiiiiiiiii ... tak bleh nak imagine ... sakit badan2 dibuatnya. Disebabkan blok aku tu tak terlibat ngan kerja renovation, makanya those dari blok yg terlibat kena la pindah kuar. 2 of them landed in my flat. Kali ni, dorang kasik sumenya pompuan. Disebabkan aku ni dah setahun dok ngan boys, makanya kehadiran makcik dua org tu was kind of a bit different kan. Aku rasa Yash pon rasa mcm tu, tetiba je ramai le plak pompuan kat flat tu kan.
Tu tak pe lagi, hari dorang pindah tu ari, Yash sure terkezut nengok barang2 deme. Ok la, aku admit aku ni antara org yg byk barang kat flat tu, tapi tak sangka ada orang yg lagi byk dan byk dan byk brg dari aku tau. Sume lemari kat dapor tu dah penuh, periuk2, kuali2, alahaaaiiiii sume jenis alat memasak le ada, meja khas utk taruk buku memasak ada, bermcm buku resipi, sampai dah takde tempat kosong lagi la. Dalam peti ais ngan freezer jgn cakap la kan. Nama lagi pompuan, haaaa berwarna warni pink la dlm shower. Hahahahahahaha ... Yash dgn tersengeh-sengeh cakap kat aku -"it was so sudden that this flat turned into a female flat". Lol! Tergelak beso aku bila dia cakap cam tu. Aku cakap bagus pe, dikelilingi ramai pompuan. Dia replied - mmg la bagus, tapinya dia dah nak balik esok. Hehehehe. Sok dia dah nak balik, gonna miss him. Walaupun aku tak rapat sgt dgn the boys, tapi dalam ramai2 tu aku percaya sket ngan dia. Boleh la diharap kalau ada apa2. Hormat orangnya. Nasib baik next year I'll still be sharing the flat ngan dia. Ada 2 org baru akan masuk.
Ok - flatmates baru utk summer ni ialah Rosie and Melodie. Rosie dari China, dia gynaecologist dan mature student yg tgh pursue PhD - public health kalau tak silapnya. A nice person to talk to, dan simple orangnya. Mel plak is an OZ, dan active betul budak tu. Tak le budak, sbb she's 25, tapi manja gitu. She loves to talk - segala macam la yg dia suka cakap, dari bab keje, study sampai la dia nyer crush kat si Will. Hehehehe, kelakar pon ada. Dia budak undergrad - in journalism. Skali skala sonok gak, to have the company of rakan sama gender, hehehehe. Tahap kebersihan jugak bagus, tak le mcm gf si Kevin dulu yg pengotor tu. Setakat ni nampaknya boleh la diterima. Masing2 respect privacy flatmates lain. I hope tak de org yg akan masuk bilik Yash, 3 org rasanya dah ok dah, tak yah le lagi org lain. Leceh.
Bila aku panggil Rosie kat flat, aku teringat balik kat bestfren aku Rosie. Dah lama lost touch, dan dah 7 tahun aku tak jumpa dia. I really miss her, takde kawan2 aku yg sama macam Rosie. Dia ngan aku sama2 Virgo, sama2 baran, sama2 degil. Kalo gaduh pon, sama2 nak menang, hehehehe. But last2 sama2 mintak maaf. Tho both of us sama2 degil, we understand each other so well, tak tau mcmana nak explain, but somehow, kitaorg share byk benda. We have been through so many ups and downs together dari masa kat Kajai, Ipoh dan sampai la kat Melaka dulu. Rosie tu aku sorang je yg slalu panggei dia, Ayuz, Atie ngan Anne slalu panggei dia Che' Rose. Anak sedara Ayuz (anak K.Rina) dulu pon panggei dia Che'Rose, termasuk la mak aku, mak su, dll. She is certainly one of the best friends I have ever had, selain daripada Ayuz. Carik punya carik, ntah mcm mana, I managed to trace her last email add. And guess what - I finally got to talk to her again. Punya la gumbira nya rasa di hati. Rindu sama dia, byk sungguh yg nak dicakapkan. Lepas cakap ngan Rosie, teringat kat Ayuz. Ape la cite agaknya minah tu. I'll give her a call one of these days.
Tak cukup ngan Rosie, Beena pon tetiba email aku. Hehehehe, sori beb, lama tak anta berita. Makcik tu rupa2nya baru balik dari cuti bulan madu kat sabah ngan swak ngan uncle Rodzi. Dan sedang bertungkus lumus ngan proposal dia skrg ni. She's one of my good friends kat Penang. Kaki mi udang aku tu ... hehehehe ... Kalau tak jumpa dia bila kat Penang, hah siap la ngko, punya dia komplen - dia slalu kata - aku ni mcm biskut, kejap ada, kejap tak de. Lol. Siap promote steamboat special dia kat aku lagi, pandai masak makcik tu, dalam sakit2 ngan kesibukkannya tu, sempat gak buat open house. Nak dipendekkan cite, lagi la aku tak sabar2 nak balik kan. Sonoknya weh ... aku nak balik ...

Friday, November 23, 2007

"Hot"

I have never thought that I'd say this - but I miss winter and autumn. Memang la spring skrg, but the cuaca sure is getting hotter. Ni belum masuk summer lagi. Dah le paneh, kering la plak. Lalat pon semakin byk - tgh berjalan pon dia sibuk nak hinggap, tak kira le betapa wanginya ko. Bila sejuk nak cuaca paneh, bila paneh nak sejuk plak. Masa kat Msia tak le plak byk cite, bila duduk kat sini mengada2 sungguh.
Tadi Scrooge dtg carik aku kat sini... nak demam rasanya bila dapat note dia kat pintu. Mula2 tu ala2 gumbira gak sbb dia tak de kat bilik dia, aku ingat dia ada meeting. Tengok2 setengah jam pas tu dia tipon, dia kata dia nak turun bawah jumpa aku. Huhuhuhuhuhu ... apa lagi ada le diskusi abt keje aku kan. Dan seperti biasa, ada la tambahan kpd apa2 yg patut aku buat. Dia kata "... think about it during the weekend" dan dia awal2 dah cakap jumpa dia hari senin nanti utk sambung berdiskusi lagi. So .. there goes the weekend la kan. Mcm le aku ada plan for the weekend, kawan ajak gi outing kat pantai ari ahad dah decline. Bukannya apa, ari minggu la ari yg paling aku nanti2kan spjg minggu. Hari ahad ialah ari aku tido2, mandi lambat, makan2 dan lepak2. Dah le cuaca paneh, jadinya aku dah cakap tak mo gi. Pas jumpa Scrooge tadi, lagi la ....
Yusuf dah nak chaloh minggu ni, for good. Yash plak ujung minggu depan, pas tu dok la aku sorang2 kat flat tu. Yahoooooo ... to have the flat all to myself, best gak - itupun kalau le dorang tak taruk org lain kat flat aku tu kan. So tak usah le berharap sgt. Yearbook utk housing aku tu dah pon complete. Ada le muka aku ngan si Yash kat situ, muka Yusuf tak de sbb dia maleh nak buat. Nasib ko le. Aku pon view ler yearbook tu, yg konon2nya ala2 multimedia. I have to comment that it certainly was a great effort, tapi pjg bebeno. Hehehehe, tak sempat2 aku nak abih tgk memandangkan bukannya ada pon muka aku kat situ. Jadinya ... aku tgk sekerat je, yg lelain2 tu lain kali le aku tgk.
Cafe kat sini plak dah tutup. So ari ni aku pon tapau le roti ngan peanut butter. Nampak gayanya kena le aku masak byk sket skrg ni memandangkan tmpat makan dah tutup. Aku rasa tempat indon tu bukak lagi, cumanya aku dah jemu makan benda yg sama. Campus pon dah lengang, org ramai dah balik cuti. So officially, semester ni dah tamat. Cepatnya masa berjalan, tak terasa sungguh. Hmmmm, dah pukul 4pm dah, aku rasa nak balik le dan masak nasik. Roti tu tak begitu mengenyangkan, nak kena makan nasik jugak :P. Perut dah berkeroncong. Ta.

Wednesday, November 07, 2007

Updates

Dah agak lama tak menjenguk ke mari. Sibuk ngan tugasan, tu pun masih bertapuk-tapuk lagi yg tak siap. My time management kat sini tak bagus, entah apa yg aku buat aku pun tak tau. Keje plak datang menimpa-nimpa, bila ingat dah okeh sket, ada je yg tak betul. Haihh ...
Update lepas raya - hmmmm ... apa ye. Okeh, I attended lagi satu jamuan raya kat Kent St. High School punya gym. Sambutan yg dianjurkan oleh Kelab UMNO kat sini. Majlis tu berjalan ngan okay ... sambutan raya mana de yg tak best ye tak. Ada sketsa, ada nyanyi dan ada makan-makan. Malam tu, ada gak tetamu lain yg dijemput, pasukan bola, yg mana satu aku tak berapa pasti. Tak salahnya Dollah Salleh pon ada malam tu - tu kalau betul le apa yg aku dengo MC tu announce nama dia utk bagi a short speech. Sound system dia malam tu terkuat sket, so tak berapa jelas. Yang sebenonya, hehehehe ... aku tgh busy bersembang ngan beberapa kawan, jadinya tak berapa nak bagi perhatian. Sound system tu alasan je, hehehehe. Aku ni mana la reti bab2 bola ni, bukan bola je, semua jenih sukan la. Malam tu ramai gak yg melaram ngan baju raya, walaupun suhu amat sejuk. Raya punya pasal, sejuk pon sejuk la ...
Apa lagi yek ... haaaa ... tak ingat dah sama ade aku pernah blog ttg tajuk ni atau tak. Anyway, flatmate aku, si Kevin tu telah ditendang keluar dari flat oleh housing manager aku kat sini. Sebabnya dia tidak dengo amaran yg telah diberikan. Aku pun terkejut gak bila manager tu panggil aku ke pejabat exactly seminggu seblom raya tu ari. Dia tanya soalan2 nak tau betul ke tak yg si Kevin nyer gf tu masih tinggal secara "tak sah" kat flat aku tu. Dia kata ada flatmate aku buat komplen - beberapa kali lak tu. Jeng jeng jeng ... sape lagi, sudah tentunya bukan si Yousuf tu kan, dia tu invisible. Aku pon tak nak komen byk2, aku jawab je apa yg dia tanya. Dia kata ada ke budak pompuan tu buat apa2 -- aku kata the only thing yg aku tak suka ialah pompuan tu kurang bersih orgnya bila dia guna toilet aku. Aku bleh tahan lagi kalo le org tu pengotor sbb tahap kesabaran aku tak le seteruk dulu... tapinya bab2 jamban ni aku cerewet sikit yek. Bila ko dah "bom", tolong le bersih sebersih-bersih nya. Sbb jamban aku mmg bersih dan bau wangi okeh. Iniiiii ... dah le duduk secara haram, pas tu guna jamban aku tak reti nak bersih. Dah merebeh dgn suka hati, pas tu kadang2 flush pon tak reti. Makcik tu kata, bukan ke ada tukang cuci dtg cuci - berani gak tu tanya kat aku - aku kata cleaners tu cuci sebulan skali je ok, sbb tu la kitaorg ada weekly cleaning roster. Aku cakap kat dia, cuci jamban aku tu mcm ibaratnya dia beruih gigi dia. Masuk 2 ari dia tak beruih gigi, bukannya bau je busuk, bahkan taik gigi pon bertepek-tepek, hah ... kena sebijik! Pantang aku wehhhh ... walaupun dah byk kali aku bagitau kat si Kevin, masih lagi tak berapa nak bersih. Hangin satu badan dibuatnya ... Yash plak mmg tak tegor dia langsung, walaupun sepatah perkataan - to the awek or even Kevin for that matter. Ada satu ari tu, aku tgh guna telefon kat hall, minah tu tgh beriya2 masak dan Yash pon nak masak. Last2 disebabkan makcik tu dah conquer dapor, makanya Yash simpan balik lauk yg dia nak masak kat dlm freezer. Kalah flatmate ... org luar buat mcm tu. Yash tak berapa suka, dan yg Yash bagi tau aku ialah pompuan tu ada kat flat we all spjg masa walaupun masa Kevin tak de kat bilik. Dia yg simpan kunci - Yash kata lagi itu isu keselamatan.
Rupa-rupanya, manager aku dah ENAM kali bagi amaran kat dia - 2 kali amaran drp RA, 2 kali anto surat dan lagi 2 kali manager aku sendiri warned dia face-to-face, and the budak pompuan tu gak. Punya la aku terkejut beruk, dan org2 pejabat mmg dok monitor perkembangan dia. Aku lagi la terkejut - sbb aku ingat mmg buang masa je cakap ngan org tak makan saman ni. Sebenonya si Kevin tu okeh je, aku dok ngan dia 1 sem, okeh pe. Cuma aku rasa budak pompuan HK tu je yg control dia. Sian kat mamat tu, gf dia pon satu hal - dah tahu si Kevin tu kena warning byk kali, cool down la dulu. Ni tak, makin lama makin menjadi-jadi, hah engko, kena tendang teruih! Memandangkan dia diberi notis utk kosngkan bilik selama 2 minggu, ha .. apa lagi, makin teruk la perangai makcik tu. Si Kevin tak le seteruk ah moi tu, dia plak yg lelebih - wrong channel la nyonya! Mmg nightmare betui, dia merampus sana sini dari mula sampai la hari dia blah. Hari dia pindah tu nasib baik la hari raya - satu hari suntuk aku tak ada. Aku bleh imagine mcm mana dia pindah, mesti Yash pening. Dan sampai la ari dia pulangkan kunci bilik, dia telah mengsabotaj apa2 yg dia boleh kat flat aku tu - dari bahan pencuci sampai le ke freezer. Macam2 hal ...
Skrg ni, tinggal 3 org je kat flat aku tu. Harap2nya tahun depan dapat la org yg ok sket - nasib baik si Yash ada lagi for next year. At least, aku bleh percaya sket kat mamat sekor ni. Si Yousuf tak tau apa cite, seharusnya dah abis dah thesis dia kan -- org kan tgh buat Master, jgn main2, org pandai ... hehehehe. Tu ari aku lunch skali ngan Harold dan Imas. Lama gak berborak2 pasal study. Dorang tgh bz nak carik keje utk summer memandangkan skrg ni sem dah abis. Cost of living kat sini makin hari makin mahal. Talking abt that, aku nak kena bayo yuran utk summer accommodation -- kopak aku beb ... abis savings aku satu tahun ...huhuhuhuhu ...
Aikkk .. si Bill datang plak. Hehehe .. pakcik tu ala2 tak puas hati bila dapat email Danielle. Danielle kata bil tipon mahai, ha pakcik tu gi explain. Dan keje2 mencilok2 yg dilakukan selama ini telah diketahui. Kepoh la dorang ni, kalau tak nak org cilok tu, simpan le dalam pusat kargo, LOL. Ni tak ... lambak sana sini. Dorang soh kitaorg amik kertas kat Lab bawah .. leceh beb. Lagipun itu dah jadi tradisi kat sini dari zaman aku mula2 masuk dulu - Zi ngan Marc yg ajo, pas tu Peter, pas tu tradisi tu si Bil yg teruskan - yg kini the main operator - hahahahaha. Pakcik ni adalah so far the most "productive" operator of all. Dulu2 , si Zi ngan Marc yg paling efficient, skrg ni dah ada pelapis, tapi tak lama lagi kena pencen. Hehehe...
Okeh le, nak sambung keje. Sambung later. Babai.

Tuesday, October 16, 2007

Syawal 1428


Photo: http://gallery.thestar.com.my/default.asp?id=955
Hari ni hari raya yang keempat. Walaupun dah balik semula ke kampus, tapi masih rasa lagi tak berapa mau nak bekerja ... hehehehe. Sebab itu la, rasanya baik la aku mencoretkan secara ringkas sambutan raya aku di sini. Aku terima satu kotak makanan yg Mak aku pos seminggu seblom raya, ingatkan tak lepas pemeriksaan kastam, tapi alhamdullillah, semuanya aku terima. Ada lemang segera, kuih siput, serunding daging ngan ikan, dan sambal kacang. Tu lah yg aku jamah pagi raya sebelum K.Yuss sampai. Setelah jenuh K.Yuss ngan Abg Ramli pujuk aku utk bermalam di rumah dorang petang raya tu, dorang dtg amik aku kat flat awal pagi raya tu. Kol 7 pagi dorang amik utk gi sembahyang raya kat Masjid Rivervale. Eid prayer started at abt 7.30am. Jumpa K.Pa and K. Chik dan juga si Shamsuri and family kat sana, ramai sungguh S-East Asians yg turned up pagi Syawal tu, saf pon penoh hinggga sampai ke luar masjid. Selesai sembahyang raya, ada kenduri sikit di masjid, enak2 belaka juadah yg dibawa.


On the way back to rumah K. Yuss, singgah kejap kat rumah Nana ngan Hisham, mmg dah lama sungguh aku tak jumpa dorang. Nana baru bersalin anak kedua 11 days before raya. Baby boy nama Haris - so gi rumah dorang melawat org baru. Kebetulan, parents Nana baru sampai nak celebrate raya kat sini tahun ni - jadinya sempat jugak menjamah kuih raya import khas dari Msia, termasuk la dodol dari Melaka. Hehehehehe... masak lodeh aunty tu ngan rendanag, perghhhh ... sedap. And that aunty ingat aku ni anak K.Yuss. Hahahahaha, masih awet muda lagi aku ni. Aku tak tau pasal ni, sampai la ak mentioned kat K.Yuss ptg raya tu yg ada 2- 3 org kat masjid tu tanya whether aku ni adik K.Pa. Lol ... Maintain ayu gitu ... hahahahaha ... maklumla setahun skali je pakai gincu kat sini ...


Anyway, dari rumah Nana, gi terus rumah K.Yuss memandangkan K.Yuss tu tokeh laksa tiap2 kali ada event makan2 kat sini. Ada potluck kat rumah k.Ijan, open house tempat sume orang berkumpul. Rumah K.Yuss ngan K.Ijan selang 2 buah rumah ke. We all kat sini, beraya kat rumah K.Ijan tu ibaratnya balik beraya kat kampung. Memang ramai yang terus ke rumah K.Ijan lepas sembahyang raya. Berkumpul semua kat sana. Tolong k.Yuss potong sayor dan mana2 yg patut, dan terus ke rumah K.Ijan. Sungguh ramai kenalan lama dan kenalan baru di sana - macam macam gaya, macam-macam cerita. Jumpa Sab yang dah lama tak jumpa, yer la, beberapa tahun gak. Semakin berisi dia dan dah besar dah si Nadira. Si Shamsuri plak sibuk membakar satay. Azham buat akikah 2 ekor kambing utk anaknya - tu yg buat satay tu. Cuaca pulak amat la bagus hari tu, suasana kat rumah K.Ijan pagi raya tu riuh, macam suasana kat rumah orang kawen gitu. Bak kata K.Ijan, yang tak de cuma pengantinnya je. Apa lagi, me and K.Yuss pon try la juadah2 yang dibawa, ketupat, nasi minyak, rendang, nasi impit kuah kacang, soto, dan byk lagi la. Laksa K.Yuss letak je terus abis ... hehehehe, sedap weh, laksa penang, siap ngan nanasnya skali. Bersembang kat bawah khemah tu ngan mak Nana lagi dan Kak Pah - my supersenior masa kat ITM dulu - satu batch ngan kekanda Aziz kat Melaka tu, hehehehe. Apa lagi, ala2 jejak kasih gitu. Kawan2 pulak tak putus-putus dtg berziarah.


Dah tengahari tu, K.Yuss ajak balik, hehehehe, makanya pulang lah ke rumah K.Yuss. Sampai rumah, dok lagi ngan K.Yuss makan kuih raya, sate, nasi impit ngan kacang botak yg K.Yuss buat. Ada jugak kuih london almond dan tat nanas dari Msia. Kenyang yg tak terkata la, sambil makan sambil bercerita. Cerita kawan2, cerita kerja, cerita study, cerita beli kain ela ... hehehe, cerita make-up dan bab2 menguruskan badan pon ada gak. Lepas tu buat apa? Disebabkan masing-masing dah letih makan, lepas tu kami dok tgk movie - 2 movies in a row - satu cite Melayu, satu filem Hindustan. Hehehehe, K.Yuss siap nangis2 lagi. Malam sambung cite Hindi tu lepas dinner kat rumah K.Yuss. I had sop tulang ... amboi ... enak tak terkata. K.Yuss earlier dah soh tapau some laksa.


Eh, lupa lak ... aku main bunga api malam raya tu tau, main ngan si Nuzul dan Yasmin. Teringat masa aku kecik2 dulu ... main bunga api ngan Acai, Amir, dan budak2 lain kat depan rumah, ada byk panjut. Masa tu arwah Tok aku ada lagi ... dan masa time tu moreh kat madrasah, alang & mak alang aku yg tangkap contract. Sedih plak rasanya. Walaupun cuma sparklers, tapi kenangan masih fresh lagi. Malam raya tu jugak, genaplah 5 tahun Opah aku dah tak de. Sebak gak, dah 5 kali raya rupanya. Kesian kat Mak aku, raya kali ni aku tak balik. K.Yuss anta aku balik malam tu agak lewat jugak. Took a quick shower dan talked to my Bapak ngan my Mak for a long long time. Katanya raya di T.Intan tahun ni hujan lebat.


Syawal 1428 aku beraya di Perth lagi. Sungguh bermakna kali ni sbb dah lama sungguh rasanya aku tak rasa gembira mcm ni. Byk benda terjadik beberapa bulan kebelakangan ni ... rasa gembira tu mcm dah semakin asing. Rahmat Allah tu amat berkuasa, aku bersyukur aku dapat melalui Ramadhan kali ini dgn rasa keinsafan, dan menyambutnya dgn kegembiraan - bersama rakan2 di sini, esp. K. Yuss & family, and in spirit with those I miss so much back home in Msia. Dan si dia yg jauh di Kota Singa masih setia mengingati aku di sini. Hmmmm ... I hope your Aidilfitri was as good too. Ada ke lagi kuih tart nanas yg baki2 tu for me? Hehehehe ...

Wednesday, October 10, 2007

Salam Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
dan
Maaf Zahir Batin
-- Salam Rindu dari Perantauan --

Wednesday, September 26, 2007

Keywords

Short
Simple
Keywords:

Phone
Conversation
Barbara
Email
Last Friday
Brilliant
Good

Yesterday
Night
Yousuf
Entertaining
Girl
Songs
Chatting
Loud
2.30am
Kevin
Maggi
Egg
Floor
Stove
Burnt
Smell
2.30am
Today
Grumpy
Very
Sleepy
Blur
Unproductive
Zero
Nil
Zilch
Now
Go back
Sleep
Tata

Friday, September 21, 2007

Che' Keristeenah

I just don't know what is her problem actually. Everytime I met her (unplanned ok), she just liked to pick on Malaysia - for obvious reasons - some kind of dissatisfaction from all aspects. Kadang-kadang kelakar pon ada gak, mcm berapi2 gitu dia berdebat, dan yg paling best nya ... she couldn't make her case lagi debatable sbb aku buat tak tau. I know she's dying to seize a response from me as her claims are always laced with blatant streaks of racism and belittling notions of our nation Malaysia - both regarding culture and religion. That was precisely what happened in today's seminar. Even the Prof. was finding the way she reacted was rather judgmental. Her "attacks" were thought as provocative, however I beg to differ. She lacked sound judgment to have balanced view of the issues presented, and was certainly slanted in conveying comments. Yes, of course each of us is entitled to our own opinions, yet the way (or how) we choose to frame our sentences is equally important. Frankly speaking, it's just not challenging enough to argue with a person who is narrow minded when she greatly believes herself to be very knowledgeable, very educated, and very capable. She's the center of her universe, so make the way, hehehehe. I always have this sense of her being not comfortable in my presence, you know, the need to rea-affirm herself that "I'm better than this Malaysian gal". Inferior of me? Who??? Moi??? Hahahahaha. The more I kept quiet the more uncomfortable she'd become. Am I that threatening? Lol! Probably I exude some kind of "scorching power" in my silence that just cuts her across all levels of truth - she's not as what she wants others to see her. I do not find her condescending way of looking at things new. In fact, I am now more convinced that she craves attention (like most in her flock), esp. in the presence of Malaysians. LOL ... Others can easily form their own judgment of you after the first impression - and I think the Prof. would have added more at the end of the session for I caught him analysing everyone at the round table. She looked messed up ok, tu mcm org sakit tu, or maybe she is agaknya. Aku tau ini bulan pose, tak bleh nak gosip2, or komen2 , but posting ni just to reflect. I'm glad I kept my cool, sbb it made my conversation with the Prof. at the end of the seminar more enligtening (minus her of course). Haihhh .. Che' Keristeenah, nampak gempak, tapi ... kosong sebenarnya. Satu lagi aku nak tambah, bukan nak mengata tau, cuma nak mencadangkan aje. Aku rasa la kan, mungkin dah sampai masanya utk ko basuh rambut gak. Ada bau la makcik. Takkan lah org Spore pemalas nak cuci rambut kut, orang Msia gak yg bau wangi ... kuang kuang kuang ...

Friday, September 14, 2007

Keep Running!

~2 Ramadhan 1428~
Keep running -
someone told me this morning.
Keep running -
for that I shall do
-End-

Wednesday, September 05, 2007

A Fine Day

Well, well ... it's been quite a day for me today. Ada beberapa pelawat dari Malaysia dan sesi catching-up with a friend yang dah lama tak bersua muka. All looked good as of now. Diharapkan lawatan mereka ke sini membuahkan hasil. Cuaca pun baik, ronda-ronda pusing kampus juga ringkas, sesi bergambar, dan a short jog down the memory lane. Hmmmm, those were the days. Dok minom2 kat Kirribilli pon ok gak. Bleh la berborak-borak mengenai pelbagai perkara, dari kerja sampai la ke research. Byk gak pointers yang bleh di dalami, terutamanya dari mereka yang lebih pakar, di samping memperbesarkan networking yg ada di sini mcm dgn si Lillian Lau di GS punya opis. Dari Swak rupanya dia, PR di sini. A very nice lady. Sebenarnya, tak de apa2 planning pon hari ni. Pada mulanya ada sesi mengadap petang ni, tapi Scrooge dah postpone sbb ada hal, kena la re-schedule. Pas tu satu kawan ni call tanya nak go for a cuppa ke tak. Memandangkan I was already on my way to the campus kan, apa salahnya. For old friends sake. Still the same old bloke, but time seems to mature most of us. Or at least that's how I felt. Had a chat with another dear friend too. What a day of catching up with each other, and of meeting new peeps as well. I had a good day in short, after a long night malam semalam. Hehehehe ... ari ni mood bagus, so I am going to take a long slow walk home to enjoy the rest of the day outdoor. I hope your day is a good one too. Cheerios.

Friday, August 31, 2007

50 Tahun Negaraku Malaysia


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 kepada semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada! Daripada apa yang diceritakan dan diberitakan, sememangnya tahun ini adalah tahun yang amat bermakna kepada warga Malaysia. Alangkah baiknya kalau aku juga boleh bersama-sama menyambutnya di tanah air. Sambutan di sini seperti tidak begitu menyeluruh, dan suasananya juga tidak sehebat yang aku harapkan. Acara main bola, jika dibandingkan, lagi hangat diperkatakan. Sambutan yang aku tahu hanya yang berkisar kepada satu acara makan malam besar-besaran yang mengenakan bayaran yang agak 'lumayan' (pada pandangan aku yang hanya seorang pelajar di sini). Kadang-kadang, kekangan kewangan lebih menuntut kita berjimat cermat untuk keadaan yang lebih memerlukan. Walau bagaimanapun, menyambut kemerdekaan negara boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara, tidak hanya mengadakan acara makan malam atau bermain golf. Masing-masing punya cara yang tersendiri.



Walaupun berada beribu batu di perantauan, negara ku Malaysia akan sentiasa tersemat di sanubari. Semoga kita akan terus bersatu hati dan berpegangan tangan di dalam membawa negara terus maju ke hadapan, dari segenap pelusuk lapisan.


Pictures taken from: http://gallery.thestar.com.my/default.asp?id=904

Friday, August 24, 2007

Laporan Mingguan

Aik, dah 4.15pm dah. It has been a long day for me today. Dah lama tak jenguk ke mari, memang sgt sibuk kebelakangan ni. Meeting pon berderet-deret. So, time nak mencoret sana sini amat lah terhad. Posting kali nih, just nak round up benda2 yg aku ingat je di sepjg beberapa minggu ni.

1. Superlolly celebrated her bday earlier this month. Hepi besday to her.
2. Fire alarm kat hall went off di satu malam minggu di mana all the boys tak de kat bilik. Nasib baik la satu mamat kat tingkat bawah tu tolong matikan bunyiknya. Bateri alarm tu buat hal :p buat malu aku je
3. Aku ada flatmate baru yg "illegal", di mana daripada caranya malam semalam mcm dah berpindah secara tetap kat flat we all - dah angkut la alat2an mandian, periuk belanga, dan semua makanannya. The three of us tgh tgk je dulu, saja nak bagi muka kat si Kevin, tapi kalau mcm semakin obvious, mintak maap la Ah Moi, sila keluar la kan. Ramai gak la aku tgk org lain berpacaran dan dtg utk sleepover, tapi tak le sampai berkampung halaman kan. Ish ... mcm senang je. Bukannya apa, baru kenal sebulan dah nak "move in" ... Apa raaaa ... Anyway, aku dah mention kat si Yash pagi tadi, so ... skrg ni bukak mata sket.
4. Tgh pikir2 kut nak gi conference. Hmmmm ... kena pikir bab ongkos tu.
5. "Keadaan yg merungsingkan" masih lagi belum diselesaikan. Alahai ... demam aku dibuatnya.
6. Bulan puasa akan sampai tak lama lagi. Gonna miss fasting back home. Huhuhuhu ...

Ok la, nak wrap up. Nak balik nak bobok, dah 3-4 malam tak puas tido pikir pasai meeting ari nih. Selamat berhari minggu.

Signing off.

Friday, August 10, 2007

Macam Mana

Aku dah agak dah ...
Tapi tak le seteruk ni kan.
Apa aku nak buat?
Hmmm ...

Monday, August 06, 2007

Hari Ini

Semalam tak lena tido. Mestilah ada sebab kan. Leceh betul, bila pikir pasal perkara tu. I just wish I can get over dan done with that stupid thing. Nasib baik la pagi nih tak begitu moody kan, kang seharusnya sume org pon aku fire. Su is back in action kat sini - tho for a short period of time. He's finishing at the end of the sem. Hmmmm ... best nye. Bill dgn baju kemejanya nak gi meeting dan si Mehnosh ada gak. Ok...ok... ari ni aku cakap ngan dia baik2. tadi gak ade meeting ngan Scroogie. Dia kata kena buat balik some parts, huaaaaaaaa. Mcm dah bengong aku ni. Tapi masih terkawal lagi - had ini la kan. In short, hari ni aku ingat aku akan jadik tak berapa waras, tapi akhirnya nampak mcm ok le plak. Angin punya la kuat skrg, aku rasa aku nak balik jap lagi. Semalam ramalan cuaca kata akan ada thunderstorm. Kang kut nanti terperangkap lak kat sini. Till then, adios.

Friday, August 03, 2007

Buang Masa

Skrg ni dah pukul 1pm, dan mmg sah secara rasminya, aku dok tunggu giliran kat bank selama sejam stgh *&^%$#@ tul! Buang masa aku je, pas tu, makcik kecut yg jaga counter tu plak ckp nama company yg aku nak dia taruk kat bank cheque tu pjg. Buduhs betul, bukannya aku yg bagi nama company tu, so bukan salah aku kan. Aku tau la ada ramai org, tapi aku pon tensen la jugak kan, dah le ramai org, counternya ada le 4-5 je, pas tu tunggu berjam2, berasak2 kat lam bank tu tau. Aku ni customer, walaupun duit aku ade ciput je kat bank tu, tapi dia mesti treat customers baik2 ... mentang2 le aku ni student je ... nak plak slebet je dia tgk kan. Huh! Berasap aku, dah tu lapo lak...ish ...Nasib baik cuaca punya la bagus ari ni. Siap beli fruits kat pakcik OZ la lagi... hahahahahaha, mmg in need of fruits pon. Nampak juicy je, jadinya aku pon try la. Kalo elok bleh beli lagi nanti. Pas tu aku pon terus tapau lunch kat tmpat biasa, and pas tu landing kat sini. Ada byk keje yg kena buat by ari Senin minggu depan.
Ada tak aku cite yg si Kevin dah ada awek? Tak de kut. Muahahahahahaha... awek yg dia baru jumpa 2 minggu lepas, dan awek tu telah dtg without fail to our flat setiap hari, tak kira siang atau malam -- for obvious reasons la kan, kalau dah bermalam hampir setiap ari. Si Kevin ada sklai tu tetiba aje cakap minah tu kawan biasa je. Aku plak tgh masak, terkejut gak, mcm confession gitu. Hahahahahaha ... dgn selambaknya aku kata ... ade ke aku tanya pasal minah tu?? Aku kata lagi kat dia, rilek le brader. Dgn aku senang je, lantak ko le ko nak kawan ngan sape, nak buat ape, janji ko tak kaco aku. Masing2 dah beso kan, pandai2 le bawak diri. Minah tu, aiseh, kat mana Kevin jumpa pon aku tak tau. Awek cina tu nampaknya mcm suka mencommand si Kevin. Si Kevin ni plak masih lagi di tahap innocent - mamat tu yg segan lebih dari minah tu. Si aweknya, amboi ... ibaratnya nya skrg nih, flat mu, flat ku jua. Aku cakap mcm tu ialah sbbnya aku tak suka share jamban aku ngan pompuan tu. Aku bleh terima kalau ko nak guna, tapi kena la guna baik2 kan. Ni baru 2 minggu dia "tumpang" guna, tombol pintu tu rosak, dan dgn pintu2 tu skali kena panggil tukang kayu repair tau!! Kena potong, kena cat ... kacau tul. Sian kat jamban aku, dah ilang identitinya. Yang mamat 2 org lagi tu, nampaknya mcm sihat sentiasa - Yash masih bz memanjang keje part time, dan masih dgn nota2 kat atas pintu si Kevin and Yousef. Si Yousef, nampak kelibat dia je pagi tadi setelah many days MIA. Mamat sekor ni plak ... hehehehe, suka bebeno guna coconut shower cream, tu tenyeh ngan span cuci badan tu, nganlahkan org pompuan. Kalau pas dia mandi, mmg ko masuk lam shower tu mcm gi masuk dlm satu tong dram yg penuh ngan nyor. Hehehehe, mcm2 fiil deme.
Kat lab nih, ada si Bill je sorang. Si Lynn dah kuar, si Mehnosh aku jumpa smlm. Jeff lak, aku jumpa last week. Aku ni ada kehilangan calendar ngan magnetic sticker, ntah sape yg kebas aku pon tak tau. Dah lama aku menghuni tmpt ni tak le plak apa2, cuma minggu lepas je yg ilang. Jeng jeng jeng ... nak suspect org plak tak de bukti kan, so skrg ni, simpan je le brg2 yg sayang kat locker and kunci. Tapi akau ala2 tak berpuas hati ngan si Mehnosh sbbnya anak2 dia slalu lepak kat sini. Door code pon diaorng tau. Dulu, James slalu gak dtg sini, tapi dia ketuk dulu sbb dia tak tau code ape, tapi ngan makcik sorangnih, nampaknya mcm semua kerabat dia ada access. Aku akan KIV dulu perancangan aku . Dia kata smlm... Ohhhh ... u looked happy today. Hek eleh ... mesti lah aku looked hepi sbb aku pas makan. Perut aku kenyang. Mesti dia ingat aku ni moody gila babeng. Mmg la aku moody - nak je aku ckp - kat ko sorang je. Hahahahaha, nah ngko. Sbbnya dia suka tanya soklan yg tak mengikut keadaan, dan komen2 dia buat aku marah je. Tak bleh ke kalao cakap hai u, hai me, pas tu sambung buat keje masing2. By that I mean, tanpa membawa geng cik kiah dia masuk dlm lab. Distracting tau... sbb dorang kalau berbisik tu tak mcm berbisik. Satu bilik bleh dengo. I wonder whether they realised that or not.
Dan just now aku baru je bersembang ngan si Bill. Dia kata Scrooge dtg cari aku 2 days ago. Hehehehe. Bill kata he seems to be a nice man. Aku kata ha'ah, mmg dia a nice man aku ckp. Pas tu Bill gelak, Bill kata all men are nice. Cheh, aku replied. Mana de, some men are scumbags. Lol! You dont have to be harsh, *******. Tu generalising dia kata. Mmg ada men yg scumbags but most of us are nice. Hahahaha... ye la tu.
Okeh, dah pjg dah nih. need to get back to work. Sambung later. Have a good week-n. Tata

Tuesday, July 17, 2007

Al-Fatihah

Berita sedih ni aku terima drp Mak aku minggu aku kena "pipi cantik" tu. It is certainly a great loss to our family.

Al-Fatihah utk
Allahyarham Hj. Daud bin Hj. Hussain
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan
ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman.

Thursday, July 12, 2007

Cerita 1, 2, 3

Dah lama tak jenguk aku punya cerita. Ada macam-macam cerita, tak tau nak mula kat mana. Nak cerita semua tapi macam tak tertaip aje. So, ari ni akan ada 3 je yg aku rasa significant.

Cerita 1

Dalam 2 minggu yg lepas ni, aku ala-ala tak berapa sihat gitu, kena "pipi cantik", ntah dari mana aku dapat pon tak tau. Makanya terpaksa la mengkuarantinkan diri untuk beberapa waktu. Jadiknya, sume keje pon terpaksa dibekukan buat sementara waktu memandangkan kebanyakan masanya I wasnt up to any work kecuali tido. Haihhh ... nak pick up balik mcm liat jek. Now "si pipi cantik" dah balik kampung, so things are back on track, hopefully.

Cerita No. 2

2 - 3 ari seblom kena "pipi cantik", Lolly ngan aku kuar utk we all nyer regular lunch get-together. Seperti biasa, keeping each other up dated with all the interesting news, grocery shopping kat Coles dan penutupnya - coffee session kat Gloria Jeans. Akhirnya aku jumpa gak ngan si Sven. Nampak mcm a nice guy. Ingatkan semuanya ok, tapi the next day, Lolly came to see me kat uni lagi. Apparently, she 's been having some issues with Sven lately ni - 2 keywords here - Anna & email. Hehehehe, and me, yes me, became the honourable counselling guru that day, kat bawah satu pokok pine yg beso lagi gemok gedempol nih. Lol! Macam-macam hal. Dah lama aku tak contact si Lolly, aku harap semuanya dah ok.

Cerita No. 3

Hari ini ala2 tak best sbb pagi2 lagi cleaners dari satu company yg namanya sungguh buduhss skali telah dtg mengetuk semua pintu bilik flat dgn kuat. Pas tu, si mangkuk hayun yg tiga ekor tu buat dek jek terus membutakan diri dan memekakkan tinge. Rupa-rupanya tukang cuci, tu si pakcik berkedut yg tak bleh jalan tegak tu :P suruh aku simpan periuk belanga dan pinggan mangkuk kat dapor & dining spy dorang bleh cuci. Aku apa lagi ... berasap gitu. Pagi2 mood aku tak berapa bagus kalau tak kena gayanya. Barang aku dah simpan smlm lagi, sbb aku ni budak baik, ikut arahan. Aku pon apa lagi, telah mengetuk pintu 3 mamat tu dgn sekuat hati aku. Dan telah memanggil nama mereka dgn kuat skali. Sampai terbukak la pintu bilik si Kevin tu aku ketuk dan aku bleh nampak dia membungkus kat atas katil. Si Yash terhegeh-hegeh kiri kanan gi angkat kuali. Si Kevin kalau tak dicakap, satu .. satu.. satu barang dia angkut pas tu blur tgk alat2 memasak dia. Tu tak pe lagi ... dalam punya kuat aku ketuk pintu dan panggil dorang, satu mangkuk hayun lagi tu tak kuar2. Aiseh ... maleh nak cite. Kang aku berasap lagi. Pas tu, sekor2 balik bilik terus sambung tido kecuali aku, sbb aku mmg tak bleh nak sambung tido lagi. Binawe tul ... *&$%^& .

Friday, June 22, 2007

Sementara Hujan Teduh

It's raining very heavily outside now, and windy too. Aku dah ready nak balik, tapi dia ujan balik, jadinya aku rasa baik lah I update kan blog aku ni kejap sementara dia teduh sket. Well, a lot of things happened for the past two weeks. Workwise tu jgn cakap la kan -- tu cite yg tak de penghujungnya. So finally, I took a break from work - splurging on things that I want to get. Kasut. I decided that I need new shoes, and that was what I got. I bought myself 2 pairs of shoes in Myer semalam. A pair of blue shoes and another in red. Muahahahahaha ... skali skala tu, perubahan warna mungkin boleh merangsang pemikiran agar lebih kritis sket kan. But red?? ... Well ... maybe .... Anyway, semalam kuar ngan Lolly, saja lepak2 and had lunch together. Cerita pasal our friends, basically and their updates from each of us. Tu je.
The boys in the flat are doing great, Yousef dah 2 hari tak nampak, Kevin asyik mengeluh kebosanan sbb exam dah abis and Yash tgh sibuk buat several part time jobs. And me ... masih maintain cam dulu. Lol ... Lagi apa yek? Haaa ... received several emails from Anwar. Punya la baik punya cara dia mintak aku tolong. Mintak maap le brader ... aku ni bleh kenal org yg nak "manipulate" org lain ni. Ko sepatutnya lagi mengetahui dari aku, dan jgn ingat aku ni pompuan, ko bleh senang2 nak ngap. Sori le, I'm a big gal now. I am used to taking care of myself.
Dah tak ingat la plak apa nak cakap ... hmmmm, tadi mcm byk, skrg ni dah tak de le plak. Hmmm, bila aku ingat balik aku sambung kat sini. Skrg ni ujan dah sidang sket, aku rasa baik la aku beransor dulu. Nanti aku sambung balik ok. Selamat berhujung minggu.

Friday, June 15, 2007

Cause&Effect

Out of the blue, the news reached me.
I thought I could escape ... after all these years.
But now, I realise I do not have any other choice.
I shall have to bear all the consequences of my action.
That one silly thing that I shouldn't have done.
This time, I have to face it.
No matter what, I have to pay.
Mind you, it is costly ... that I can foresee.

Monday, June 11, 2007

Di Padang Hijau

*Fast forward*
*Stop*
*Play*
Boleh saya berjumpa dgn Encik XXXXXXX?
Dia di pejabat - sebelah sana.
Encik, boleh tolong serahkan bungkusan ini pada dia?
Apa kata Cik sendiri serahkan sendiri pada dia di sana?
Baik lah, terima kasih.

*Fast forward*
*Stop*
*Play*
Saya nak pulangkan ini. Terima kasih, tapi saya tak dapat nak terima.
Nanti.
Selamat tinggal XXXXXXX

*Fast forward*
*Pause*
*Play*
Saya perlu berjumpa dgnnya.
Dia ada di sana.

*Fast forward*
*Stop*
*Play*
------
Terima kasih utk bunga itu.
Saya hantar semalam.
Saya dapat hanya yg kuning. Yang lain dah diambil org.
Saya tunggu panggilan awak semalaman.
Saya tak tahu. Kad itu saya jumpa pagi tadi.
Saya dah terima msg awak tadi pagi.
Maafkan saya.
Saya faham.
Ada perkara ingin saya jelaskan.
Jangan. Saya dah tahu semuanya.
Ianya penting.
Tidak lagi. Saya harap hanya yg terbaik utk awak.
Tapi ... awak perlu tahu apa yg mahu saya katakan.
Maafkan saya, saya dah terlambat. Flight saya tengahari ini.
Awak nak balik?
Iye. Selamat tinggal.

*Pause*
*Fast forward*

*Stop*
*Rewind*
*Play*
Kenapa awak berpatah balik?
Kerana saya tidak boleh pergi. Saya perlu tahu.
Kad yg awak berikan bersama bunga itu. Apa yang tercatat di atasnya.
Saya yang tersilap. Maafkan saya.
Tidak.
Apa?
Awak betul. Saya perlukan apa yg tercatat di atas kad itu.
Apa sebenarnya?
Saya juga perlukannya. Saya yang tersilap. Bukan awak.
Mari ... Kita pulang?
Pergilah - saya tidak mahu awak terlewat.
Tidak. Telah saya batalkannya pagi tadi.
Tapi ...
Saya yang terburu-buru. Sudah lama saya tahu, saya tidak mahu pergi lagi.
Pasti?
Pasti.

*Stop*

Di padang itu. Di padang yang menghijau itu. Bersama Farid.


Wednesday, June 06, 2007

Z a m e r o o t

Ape kabo? Sihat? Dah makan? Me ok-ok je. Seperti biasa, mana de alasan lain - kecuali sibuk dgn keje skolah. Tu jawapan standard la kan. Anyway, ada byk jugak cite yg nak dicatitkan di sini, tapi mungkin aku nak cite yg penting-penting aje la. Kang kol 1 nak gi International Students' Office, ada hal sket. Tadi pagi dah jumpa ngan Scroogie, pakcik tu dah tak serabut sgt, hehehehe ... nampaklah terurus sket jika nak dibandingkan ngan minggu lepaih. Kelas utk sem. ni dah abis, jadinya dapat le bernafas lebih pjg sket. Pakcik tu mmg workaholic, kat umah pon buat keje pejabat, dan tgh potong rumput pon pikir gak pasal keje, sudah seharusnya la tangan pon melecor terbako gara-gara tak pay attention kan, sian kat dia. Okay, keje ngan dia dah settle ari ni. Aku ada beberapa surat yg nak diposkan nanti. Kalau le aku jadi gi Coles, kalau idak, tgk le keadaannya bila.
Ok- smlm mood aku tak baik. Mesti korang pelik kan, dudok sorang2 pon lagi nak komplen. Tapi kan, kali nih aku nak komplen pasai satu makcik nama Zameroot (dekat2 bunyik cam tu) ni. Okeh la, aku cite sket pasal dia. Aku kenai dia ni dah beberapa tahun. Masa tu dia cikgu sementara, tapi la ni dia kata dia dah masuk unibersiti dan dah grad. Dah jadik cikgu berijazah la dikatakan di sebuah skolah di KL. Ajor PA agaknya ... kalau tak salah aku la. Makcik ni, aku syak le kan, syak aje tau, mungkin there is some kind of inferiority ngan aku kut. Ngan org lain aku tak tau. Tapi pe sal nak rasa inferior ngan aku kan ... aku ni mana ade apa yg dia ada, dia cikgu pas unibersiti gitu. Aku ni, blajo pon tak abih2 lagi. Yang aku lebih hanya lah satu (berat badan ku mmg lebih dari dia, heheheh). Anyway, ada lah satu mamat ni, namanya Man. Dia nih kawan lama aku, dah lama, bertahun2 jugak aku kenal dia. He is one very nice and polite person. Lembut orgnya, penuh ngan resam kemelayuan dan dia org Tumasik. Kadang2 aku mmg tak ambik inisiatif utk berhubungan dgn dia, tapi mamat ni mmg sungguh persistent orgnya. Sabar tul dia ngan perangai kawan yg mcm aku ni. Bila aku rasa dia tak ingat dah kat aku, time tu la dia muncul balik, dah berkali2 tau mcm tu, ucapan hari raya dan hari jadi mmg tak pernah dia lupa, aku je yg tak pernah nak hargai. Ok, dipendekkan cite, he contacted me last week. Apa sangkut pautnya ngan Zameroot... mesti korang nak tau kan ... Well, makcik sekor ni pon kenal la gak ngan si Man ni, dan aku rasa, makcik ni mmg dah lama tangkap "syiok" sama Man. Aku tak pernah la tanya kat Man, so aku tak tau Man tau ke tak. Ada perkara yg aku tak discuss ngan Man, perkara2 yg kami rasa personal kan. I suspect, mungkin Man ada cite kat dia kut yg dia contact aku. I know they do keep in touch. Makcik ni buat ape tau - dia msg aku pepagi ari semalam. Setelah nearly 1 tahun, smlm dia msged aku. Time yg tepat ialah pada 7.11am - tanya ape tau..."Hi awak. Tgh buat ape tu?" -- aloooo sister, tak de time lain ke nak bertanya kabo? Aku ni dah le tido lambat malam tu nak siapkan some work, dan dia beep aku 2 kali. And I'm a light sleeper ok, bila dah jaga tu, celik teruih, udah tak bleh nak ralit balik. So the whole day semalam aku grumpy giler. And i didn't even reply after that. Yer la, kol 7 tu kira dah cerah, tak early, tapi bila ko baru tido 3 -4 jam gitu, tu kira mengganggu privacy org tau. Dan timing dia, alahai ... mcm sengaja nak provoke aku je, tak pun nak check whether im still alive or not - and whether i have been keeping in touch ngan you know who la kan. Bleh agak what her next question could be. Ape dia tak pikir ke?? Kalau aku nak kat Man tu, dari dulu-dulu lagi aku dah cekup, aku ngan dia tak de apa2 la ... we are just friends ok! HIshhhhh ... rimeh dibuatnya payah bila ada org nak jadi spy. Ke aju je yg lelebih analyse situasi ni. Walauapapun, aku bengkek semalam, buat spoil ari aku je sbb aku tak cukup tido. Secara kesimpulannya, timing adalah sgt penting bila nak sms org lain - kecuali lah time emergency. Tu no prob.
Apa lagi ... ha ... smlm aku terpikir gak ... aku tak nak jadik mcm Katherine Brooke. Aku tak nak life shut off me. It's scary. Aku nak jumpa ngan mereka yg bleh jadi Gilbert Blythe aku sendiri, tak pon ala2 Morgan Harris pon bleh gak. Aku tak nak thigns yg elobrate, aku nak live my own dreams. Just like Anne did. So ... that was enough to keep my mind reeling gak ... No doubt Katherine was a strong person, tapi, she keeps so much to herself - she grows sour and unhappy. And I am just like her - in the making - I need to do something. Bab ni mcm tergantung sket, tapi setakat itu la utk ari ni, sbb aku dah lambat. Take care. Tata.

Wednesday, May 23, 2007

Ucapan Tak Bersuara

bayangan kenangan datang silih berganti
luka lama berdarah kembali
mengapa dirimu tiba waktu kusepi
kau berbicara tentang ilusi
kau sinarku tak terpadam
tetapi serimu tak terbayang
adilkah cinta
rinduku yang terpendam
diriku yang malang
oh... inikah rahsia cinta
ucapan tak bersuara
mungkin engkau yang rela
antara kita memendam rasa
menyendiri... menyendiri...
kini kita berjauhan
semakin segar kenangan silam
~ Kopratasa ~

Thursday, May 17, 2007

A Picnic Under the Pine

Leceh ... leceh betul ... I am such a clumsy person. Kopi nih pon bleh tumpah, hampeh ... dah la aku baru pakai jeans nih, ni dah kena basuh cepat2 ... cisssssss ... Dah makan ke? Makan pe? I had kebab tadi. Lolly and I had lunch together, and we had kebabs from George's. Dan seperti biasa, bila makan kebab or anything yg seangkatan dgnya, mestilah aku akan mengotorkan pakaianku dgn sos yg tumpah sana sini. Jadiknya, kopi tadik tu bukan incident yg pertama :P

It is a nice day today, so Lolly and I had a small picnic at our fave spot. Oh yeah, we went to a few places before we went to the kebab's place. A short window-shopping at the pharmacy. Lolly nearly bought a body lotion instead of getting the toothpaste that she needs. Hahahahaha, we always ended up getting things that we don't need instead of getting the ones we should be getting. Anyway, she didn't get any. Then, we also paid a short visit at Jerry's place. Lol, he's still there, and he's still waiting for his PR. That has been quite some time actually. We bought our drinks there, and Lolly dropped some boxes of drinks and she really fell for what Jerry said - that she couldn't take the vanilla malt (the one that she wanted) but instead to take the chocolate drink (the ones that she dropped), hehehehehe ... haiihhhhhh ... that's Lolly alright. We both wondered what Jerry has been up to as Lolly said she always sees him in the library. The last we heard abt him was that he's enrolled at TAFE - possibly he's finishing up.

Then ... me & Lolly had a good talk abt the story of Yousef. Muahahahahaha ... I had asked Yousef one very personal question and I was sharing the bits and pieces with Lolly. That was quite an interesting talk I would say and the topic was - "A Practical Relationship" - from the point of view of one middle-eastern man. Not to say that I agreed to all that he was saying, but it is suffice for me to just trying to see how culture and environment could mould one's outlook in life. He sure has a long way to go ... thinking-wise and many other things. Being 25 and studying for your Masters degree don't just make you the perfect or practical man that you think you are mate. Trust me, there's a lot more that you have yet to discover. They can in fact be a turn off especially when you try to put your image as such. Haihhhh ... men ... they can be complicated creatures too ;) ... I'm not emotional, am I?

Thursday, May 10, 2007

Lepak with Super Lolly

Hey there! How are you mate? Hope things are running smoothly for you. Just got back from my lepak-lepak session with Supper Lolly. I haven't seen her for quite some time - but she's doing great. I went to the library to withdraw some AU$ and waited for her there. We had food at the Noodle House and I had lamb - I think it was lamb rendang, not the pekat one but slightly diluted. Lolly said she likes the food - she took the bamboo shoot and nangka gulai lemak, but later she said they were all salty, hehehehe.
Anyway, we headed back to the library after lunch, and had a good long chit chat on the field, under this one big tree. We chose a nice spot so that we'd be able to look at people walking by and as usual, came up with our own commentaries on the "fashion fiesta" in front of us. Not gossiping, just "Guess More Abt Me" kind of game. We talked abt many things, my flatmates, my flat, things that we do, abt Sven, abt Avril + the bro + the Internet guy + the NZ guy (hehehehe), abt Janet (this one not so much), abt Lolly's trip to Rottnest, her swimming lessons, abt Big Brother housemates and other things too. I was really great catching up with her again.
I headed back to my school after that and she went to the library for some revision. Lolly has a test coming up tonight. Good luck to you SuperLolly. And when I arrived at my workstation, Mehnosh and Hussein are in. And hey, Bill brought her grandaughter to see us today too. The lilttle gal is so so cute, with brown hair and really big, clear, sparkling eyes. Her name is Jessica. Well, needless to elaborate here, Mehnosh jumped to the opportunity to play with Jessica ... LOL, it's fine with me ... I'm never good with kids afterall, they will cry most of the time when they see me. But Jessica is a good-natured gal. She's not afrraid of people.
And now, I have to rush to Coles. I need to get my grocery and I do not want to go back late as it'll be busy by 4pm. So, have a jolly good time and will continue soon.
PS/ Did I tell you that there was this one bloke who got really drunk early this morning - probably around 4 - 5am? out of the blue, there was one soothuing voice trying to coax the fella inside the flat. I am very certain that it was just downstairs in front of my room. That soothing voice ... and I think I know whose voice was that ... jeng jeng jeng ...

Wednesday, May 02, 2007

Satu Hari di Musim Luruh

Walaupun aku tak terer masak, tapinya gulai rempah yg aku masak tu lagik sedap dari gulai rempah yg aku baru makan tadi. Gulai rempah deme kat sini taruk celery. Hehehehe, udah sah tukang masaknya omputih :) Memandangkan perut dah berkeroncong, celery pon celery lah. Janji makan. Sebenornya, pagi ni tadi ade meeting ngan Scroogie. Macam biasalah, gi meluahkan segala kebuntuan dan ketidak-buntuan yg nyata. Lepas meeting tu, baru lah kurang sket rasanya bab-bab buntu nih. Bukannya apa, kadang-kadang aku ni curiga sket ngan apa yg aku buat - kut nanti aku yg syiok sendiri, org lain satu apa pon tak paham apa yg aku buat. Kes naya tu. Jadiknya, kena la mendapatkan feedback dari yg lebih pakar kan. Tambah plak ngan keadaan musim luruh yg ari-ari ujan, aku pon tangkap lentuk rasa nak snoozzzzzeee je. So ... I blame the season ... and the rain ... memang agak 'lembapsss' nak pick up time cuaca cam tu. Enjin lambat paneh. Tapi Scroogie kata, nampak ok. So ... sambung keje mcm biasa. Lega sket rasanya. Ingatkan kut dah "tersesat" kat mana2 ... Phewwwww ...
Aku rasa kan, aku kena gi potong rambut le. Skrg ni Westerly wind tgh mengganas, pokok bunga merah kat depan bilik aku pon terhoyong hayang ke tgh ke tepi. Balik pasai rambut aku, dah tak kemas dah, kuar sana, kuar sini. Dah tu, tiap2 kali gi campus, bila angin tiup, abih spoilt 'ramos' aku :P Hampeh tul, dah le rambut luruh byk, tinggal sikit, bila ditiup angin abih lari sume alignmentnya. Cis ... jenuh nak betui balik supaya nampak kemas sket, kalau idak, mcm rupa bangun dari tido tu. Bila tgk the Aussies here, selambak rock je jalan2 sana sini ngan rambut yg baru lepas ditiup angin. Yer la, rambut dorang kalo tak sikat pon nampak ok. Tapi rambut gua ... aiseh ... tak sesuwei langsung. Oleh itu, rasa2nya mcm kena la melawat si Danae atau si Ashley utk memotong rambut ku. But I have to count my blessings kan, sekurang-kurangnya aku ada rambut --> tu yg paling penting.
Hahahahahaha ... tgk nih ... si Bill dgn senyuman nya yang paling manis sambil tersengih-sengih! Keh keh keh ... tu dok menghirup udara segar sambil tersenyum sorang-sorang kat tepi tingkap! Aku kata kat dia, tu nak show off la tu his bright face on an autumn day for the 2nd time today - tau apa dia jawab - positive annihilation katanya. Lol, org tgh happy - kita kasik 'chan' la kat dia kan. Tgh dok bergumbira proposal lepas dgn some changes, at least tak le kena submit a totally new one. Mamat nih pantas gak buat keje. Dan dari keadaan mejanya nampak mcm sungguh kuat bekerja. Buku sana, buku sini, kertas sana, kertas sini. Tak macam tempat aku ... ada poskad 2 keping ngan sajak latiff Mohidin je satu. Hehehehe ... tu pon Helen kata - lagi better last sem. Last sem, lagi la ... so plain, kali ni dia kata ada la nampak mcm homey sket. Dorang kat sini decorate tempat dorang lawa2 gak - Helen's, K. Yuss's and Mehnosh pon ada bawak satu pasu bunga kecik. Maybe aku pon kena decorate sket2 kut. Lagi ceria sket kan. Dolu2 aku suka taruk teddy bear kecik2 kat PC, tapinya kang bila start beli, nanti makin byk la plak accumulated 'wealth' yg aku nak kena angkut bila berpindah randah ... tu yg leceh tu. I'll think abt it this weekend.
Aku rasa mcm nak makan kanji la, malam tadi the housemates in BB07 kena makan kanji sbb Big Bro kata dorang kena denda sbb tak ikut dianya rules. Hmmm ... kanji ... sedap gak time sesejuk ni. Ok la, need to get back to work. Sambung cite nanti.

Friday, April 27, 2007

Tiang Bola

2 ari lepas cuti kat sini - ANZAC Day. Hari menunjukkan semangat patriotisme org2 kat sini kepada mereka yg terkorban dan berkorban utk mempertahankan tanahair mereka. Agak-gak macam tu la. Ada la dawn service tu sume. Aku tgk kat TV jek. Pas tu semalam gi buat grocery shopping - maklumlah hampir sume bekalan dah kehabisan. Balik tu, dok pulun buat keje-keje yang tak siap sampai la malam. Malam tadi ada Finale utk program Biggest Loser. Dan si Chris the outsider tu yg menang. Hampeh, aku punya la harap si Marty or si Pati yg menang. They all looked gorgeous last nite. Ada yg kurus lebih dari 70kg! Can you imagine that, dalam 3 bulan aje tau. Tapi, ada jugak bila nampak kurus, muka dan badan dorang nampak kulit yg berlebihan tu tak de isi. Jadinya, aku rasa kurus bebeno pon (utk org yg badan beso la kan) akan menyebabkan kadang-kadang rupa kita pelikksss sket. Nampak "kendor" gitu - hehehehe, tu kata org Perak la kan. Kulit muka cengkung, kulit badan plak kendor.
Sampai je kat workstation ari nih, tgk2 si Mehnosh yg ada. Dan seperti biasa, soklan pertama yg dia akan tanya ialah "how's your study?" . Aku tau la, tujuan dia baik, tapi ada hari2nya aku rasa nak je kata - "can i not answer your question?". Bukannya apa, cuba bayangkan. Ko penat, ada byk benda yg ko kena buat dan pikir, dan ko dah tiba pada tahap semi-tepu dan akan berhijrah ke tahap semua-tepu tak lama lagi, dan pepagi bila ko sampai, ko kena kasik jawab kat soklan tu! Teruih aku tak de mood. Bukannya apa - utk kesekian kalinya, boleh tak aku melalui hari ku di uni tanpa diingatkan pada apa yg aku dah achieve. Aku ni - hanya nak dtg campus, buat keje dan balik. Tak nak tau menahu apa2 pon cite pasal ko. Alahahiiiiiii ... rimeh makcik dibuatnya. Pas tu dia bercakap2 pasal cuaca. Lantak ko le, aku jawab sepatah dua je. Aku kata aku suka cuaca ari ni, tak paneh dan tak terlalu sejuk. Agaknya ... ssb tu aku tak ramai kawan - tak pandai nak socialise ngan org lain, tak macam dia kut. Teringat aku bila aku mula2 sampai sini - soklan jenih cam tu usah tanya kat org yg dah lama sampai kat sini. Buat org bengkek je - tu deme kata la. Sebabnya - deme kata lagi - cara, gaya dan kepantasan seseorg buat keje tak sama dgn sape2, masing2 ada cara sendiri. Hendak plak kalo hang tanya kat org yg tgh tensen - lagi bahana la jawabnya. Jadiknya, kalau hang nak banding diri hang dgn org lain, usah le buang masa. Tu - teori aku le - yg aku simpulkan dari dorang sume. Kalau org lain tanya aku tak le tensen sgt, Helen pon slalu gak tanya, Bill pon slalu gak tanya, tak de pon cam tu. Dgn makcik sorang ni, bila dia tanya musti aku bengkek. Aku rasa aku tau sbb nya apa. SEBABnya bila aku kasik jawab - dia musti akan kata apa tau -- "Oh yes, I know that" OR "I know that, yes I know". Hah! Mana aku tak bengkek, dah tau lagi nak tanya!! Udah le, maleh nak bercerita pasai dia. Sambung lagi cite. Ari ni bila check inbox, dapat reply dari Raman. I think he's quite a nice man dan helpful as he gave me the info that I needed. And kat sini, ada ramai gak org yg tgh demam bola. Siap beli but main bola yg baru la dikatakan. Baca punya baca dorangnya email, last-last ada la satu mamat ni telah dicadangkan utk angkat tiang2 bola utk perlawanan bola yg akan datang. Hehehehehe ... tu laaaaaa, sape suruh hang gi komen tiang bola tong sampah tu. Kan dah kena sebijik ... muahahahahaha.

Tuesday, April 24, 2007

Pinky

Pinky - teringat pada tengahari setiap hari Jumaat kat cafe Kajai. Teringat macamana Atie kata tu org kampung dia. Tengahari hari Jumaat dan hampir setiap petang sesi makan tengahari dan malam di meja bulat depat TV. Tu kalau makan gulai lemak siput sedut tu, mmg tak toleh kiri kanan dah - me, Che'Rose and Ayuz. Pekena plak Wak nya teh ais ... ahhhhh ... memang kaw kaw nyer. Meja "VIP" kat kafe tu slalunya "akak2" tu yang conquer time pas lunch, tgk TV ... tapi time lain, "orang penting-penting" si Penghulu, si Lahuma, si Zorro, si Matahari and the rest of the gang je dok situ. Bila tak de "VIP" kat situ, hehehehehe ... we all yg dok situ .. . Time tuh, ala2 eksyen la sket. Lol ... Hari ni, tiba-tiba diingatkan kepada Pinky. Dan mcmana dia tersengih kat we all dan baju melayunya yg berwarna pink yg terang benderang tu :) Ntah apa yg la kabar dia skrg nih. Si Pinky our senior, budak Geography rasanya, because I still remember dia nyer abstrak thesis ada sangkut paut ngan dermaga, hahahahaha. Tu sbb aku bagitau dia akan perihal "berth" jenuh jugak la dia tanya betul ke salah. Hehehehe ... Carik kaler pink yg glamer tak de plak ... so this is the nearest to that I think. Here's to Pinky *wink* *wink*

Wednesday, April 18, 2007

The Gempak-est News

Ada orang bagi tau
rupa-rupanya
DIA
tak dapat
sebab
DIA
blagak ...
hehehehehe
ish ish ish ...
kalau lah
DIA
tau
hahahahaha

Monday, April 16, 2007

Gulai OoOoH Gulai

Gulai tempoyak ikan jelawat ...
Gulai tempoyak ikan jelawat ...
Gulai tempoyak ikan jelawat ...
Gulai tempoyak ikan jelawat ...
Gulai tempoyak ikan jelawat ...

Wednesday, April 11, 2007

Masa Easter

I am back from the Easter break. Hehehehe ... aku plak yang lelebih cuti Easter, mengalahkan orang yang celebrate Easter plak. Sooo ... there were lots and lots of chocolate eggs around. Tapi I didn't indulge so much in that - tu no entry punya zone. Kalau tidak, muka ku akan "berbukit-bukau" disebabkan oleh jerawat. Ishhh ... leceh.
So what did I do? Well I tried to stay "amused" with my work. And I am really bad with numbers :p needless to say. But I'll survive ... I will survive ... by hook or by crook. Tak kira la, janji dapat apa yg aku nak. Cumanya agak lambat sket sebab aku ni kena baca teks tu berkali-kali seblom paham. Apa nak buat ... kapasiti pemikiran agak terhad. Kena le expand kat mana-mana yang boleh. Dunno whether I should be meeting Scroogie this week or not. Nothing much to show him afterall.
Apa lagi ... oh yeah, did some cleaning in the room, dah macam tongkang pecah with the baju2 yg blom dibasuh, buku-buku dan kertas-kertas yang mmg tak tersusun dan ... mangkuk2 dan cawan2 kopi ku yg dah 2 ari tak cuci hehehehe ... sibukkkkssssss ... jadinya cuci dan kemas la apa-apa yang patut. Lepas tu, bersembang-sembang la dgn flatmates ku yg 3 orang tu. It's study week now, so semuanya are taking things easy - by that I mean, tak la tak la terkocoh-kocoh ke sana ke mari. Mandi pon mcm liat aje kan, sebab tghari baru bangun tido. Kalo had kol 9am tu, sume bilik gelap gelitap - kat corridor pon gelap, kat lounge pon gelap - tu maknanya tak sorang pon yg dah bangun. Deme pon bercerita la kisah masing-masing. Kevin was asking me whether I'd be staying put kat flat tu next sem/next year. I was surprise to hear that he said it'd be nice to know if all the four of us will be staying in the same flat again next year. Auuuwwwww ... that's sweet, tetiba je dia cakap cam tu kan. Hehehe, he said he likes the flat very much. Dia kata probably we can arrange for wireless internet next sem if we want to. He talked abt Toronto and L.A. and how he feels abt staying in Perth. He complained abt the number of papers that he's doing this semester too, budak ni kiasu sket, kaki study, buuutttt ... he enjoys clubbing as well. LOL, the different sides of Kevin. And he learnt how to use the grill last night. Hehehehe ... dia tanya how and why - and dia kata he should learn how to cook masa sem break nanti. He said - "I thought it's difficult to use. Is that alll?? Is that all that you have to do???" - Haihhh ... aku cakap, lama2 nanti biasa la, bukannya susah pon.
Then bersembang-sembang gak ngan si Yousef tu. Dia tu biasa la bercakap mengenai kepandaiannya membuat research. I don't know why, but I find talking with Kevin and Yash lagi seronok as we listened to each other, but with this chap - aiseyman - he likes to talk most of the time. Aku pon tak kisah kan - so dengar je la apa dia nak cakap. Afterall, dia kan UK grad ... Muahahahaha - how ironic - for someone who claims that he is educated, he doesn't have the openess to listen to others. He is such an interesting person to study for a research you know - would it be the effects of culutre on your thinking? Can exposure to the outside world at least influence your thoughts when it comes to conversations with the diferent gender? Jeng jeng jeng ... tu bunyik cam gender study jek, Sapir Whorf pun ada gak sket2. Probably he enjoys talking about his research agaknya ... sian gak kalo tak de org nak dgr. Dgr je la when he talked about the rocks yg dia gali 5km ke dalam bumi utk check ada minyak ke tak. He said - he's doing a study abt 5 million years ago ... Huiyoooooo ... *clap clap* memang menarik, hehehe.
After that, bersembang gak dgn lamanya with si Yash - abt Mauritius, about his family, about school, abt work, about food, about byk lagi la. Dannnnn pasal awek dia yg slalu histeria tu jugak. LOL - aku tak tau pon yg si madam M tu dah balik kampung tanam jagung. I was so surprise to hear that bila Yash told me. He said - " ... she's spoilt you know ... and I broke up with her". Haaaa .. tu pasal la agaknya makcik tu slalu mengamok. Last-last dia benti dan balik negeri. Yash said, she couldn't handle it and she didin't like Perth. And she's just like 19 I think. Parah cam tu ... kalau in Msia, usah harap la. Nak masuk universiti pon tak sume orang berkemampuan. So, aku pon cakap kat si yash - mesti ko pon sedih kan... yer la awek dah blah. And you know what he said - "Nope ... I didn't cry .." Hahahahahaha ... aku sengih je ..
Malam tadi and pagi tadi, all theboys were busy doing their roster cleaning. Ada inspection tadi, makanya semua penyapu dan Ajax Fabuloso tu dah dudok kat depan shower. I did mine yesterday. Kelako gak, macam-macam bunyi ada - gedegang, duk, ting, tok ... ishhh macam2 ada. Overall, the inspectors said good :) , cuma si Yousef kena vacuum the passageway sket. Hahahahaha, tu la, aku kat aku dah vacuum last weekend, dia kata masih OK, so dia pon tak le vacuum. Nasib ko ler. Semalam aku dah pesan kat dia supaya bersihkan dapur pas masak-sebabnya dia nih slow sket bab2 mengelap nih. Tapi tadi aku check, memang dah berlap. Tau poonnn ... kan bagus cam tu.
Ok lah ... nak mamam, dah lapo. This week it's not as busy sbb tak ramai orang yang bertempiaran dalam kampus. Dah tapau nasik goreng tadi ... sambung nanti. Tata

Thursday, April 05, 2007

THEY Said

I was
shambled
I lost
my footing
I couldn't
breathe
I saw
the ramshackle piece
I lost
my mind
So
I "left" ...
Somewhere
unknown
Reflecting
Reasoning
Questioning
in
the midst
of
maddening
anger
I gave up.
I closed
my eyes
In
the welling tears
I saw
T. H. E. M.
They smiled.
I heard
T. H. E. M.
Go
back,
they said.
Go
back.
So I did.
Yesterday
Today
I must
Pick up
the piece
behind
Tomorrow
I must
Paint
the picture
in front
for
me
for
them