Friday, May 30, 2008

Nak gi jugak ...

At noon tadi, si Syahrel panggil2 aku kat msnger ajak gi gath esok kat the Curve. Cissssss ... esok nyer gath, hari ni baru nak ajak aku. Dia ingat aku kat Msia, dia kata budak2 batch aku buat mini gath, ramai jugak la yg aku dengo nak dtg. :P:P:P:P:P hampeh tul, bila aku tak de baru nak buat gath, bila aku ada tak nak plak buat. Well, nampak gayanya byk impt events yg aku tak dapat nak gi. Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu ...
And tadi I talked to Dina. She's in Christchurch now. Bulan 11 tu ari dia balik and terus kawin ngan Madi. And now they are expecting their first baby. Hehehehe, dah nak jadik mama dah. Dia kata kat sana sejukkkk. Belum winter tapi malam dah -4. One of these days... kena pi melawat dia kat sana ... NZ is beautiful place to visit. Ari ni meeting ngan Scroogie dah postpone minggu depan sbb dia sakit. MC satu minggu. Kucing demam, tikus pon melompat2 la kan.
Aku phone mak aku semalam, dia nak balik TI ari ni ngan bapak aku sebab besok mak nyah aku buat kenduri Amir kawin. Malam ni ada nitik limo. Minggu lepas nikah ngan majlis kat rumah pihak perempuan kat Kelantan. Family aku kalo kenduri kawin outside Perak mmg sewa beh gi nganto. Hehehehe, tu siap singgah shopping kat Kelantan la tu. Dah kawin dah budak tu, I bet ramai family berkumpul esok, sayangnya aku tak dapat balik :(
Masa aku balik cuti summer last year, sempat gak le attend kenduri kawin Dillah anak Opah Cu. Dari majlis akad nikah sampai le kenduri esok harinya. Jumpa ramai gak sedara mara yg dah lamaaaaaa tak jumpa. It was so great! Ada satu malam tu, anak2 Tok Alang aku, ngan mak aku ngan Opah Cu dok bercerita pasal salasilah keturunan keluarga Haji Hussain. Anak2 Tok Alang aku nak carik semula keluarga yang dah lama terpisah. Opah Cu aku kata kita orang keturunan Bugis. Syahrul kata, patut le cepat melenting, keturunan Bugis rupanya ... dia kata ada darah lanun, hahahahahaha. Abg Lin org sejarah, dia kata dah check beberapa dokumen, tapi tak dapat nak trace cucu cicit org tu lagi. Siap dorang cakap nak ke Indon balik carik family kat sana - moyang aku dulu merantau dari daerah Jambi di Indon. Dia org ugama dan pernah menetap dan bukak sekolah pondok di Jeniang, Kedah. Abg Lin cakap pernah jugak le org kampung approach dia nak turunkan ilmu kat dia, warisan keluarga. Hehehehe, ilmu apa, tak berapa ingat dah aku. Aku rasa tak salahnya ilmu mengubat kan org rasanya. Dorang cakap skrg ni family we all dah tak ramai yg tau pasal salasilah keluarga, sbb ramai yg dah tak ada. Tinggal Opah Cu ngan Tok Soh je lagi. Opah Wa pulak dah tak berapa ingat. Tapi malam tu, ada gak cite love story Opah Wa, hehehehe. Byk jugak le Opah Cu bercerita pasal family, memang sungguh menarik. Riuh duduk bersembang kat serambi rumah Opah Cu malam tu, tgh malam lagi. Masuk family aku skrg nih, dah mmg byk campur, tapi it would be very interesting to find out abt things at my maternal side. Esoknya, jumpa lagi ngan ramai family termasuk la anak2 Makcik Amah sume. I have not seen them since I was in school tau. Lebih 10 tahun rasanya. Tu tak masuk lagi lauk pauk org kawin, sedap weh, gulei lemak umbut lagi, ada roti jala ngan kuah deghoyan gak. So aku bleh imagine mcm mana gamatnya esok ... i wish i am there ...
Apapun, Selamat Pengantin Baru to Amir dan Su. Semoga berbahagia ke anak cucu.

Friday, May 16, 2008

Balik Kampung Hari-Hari

Hah, dah ari Jumaat. Yahoooo ... ari ni hati gumbira sebab meeting ngan Scroogie tak de. Yeyyyyyy ... Bukannya kena kensel, tapi dia dah datang "melawat" ari Rabu tu hari. Teruih peninggggg aku pas tu. Telan panadol, pas tu zzzzzzzzzzzzzzzzzz. Bukannya apa, terkejut beruk aku bila dia dtg carik petang tu, cepat betul dia buat keje. Tak terkejo di aku! Alahai ... so the very efficient one. Nasib baik dia kata, minggu depan jumpa dia, so ... dapatla aku bercopacabana ari ni. Tapi ari ni je la kut, sbb dia nak tgk benda lain (yang mmg tak siap *sigh*) for the next meeting. Tak pe ... tak pe ... relakssss. Kang pening lagi.
Tadi pagi gi bank - kuar duit nak bayo utk accommodation sem depan. Baru duit scholar masuk, tak sampai 2 minggu, surat dah mari soh bayo. Alahai, timing bagus betul. Balancenya tu pepandai le nak cover for the next 3 bulan. Semalam aku tgk berita, dorang kata Air Asia nak launch cheap fare to Perth start bulan 11 nih. AUD99 (lebih kurang RM300+++ ) je trip dari Perth ke KL. Dengo cite, biz class dorang abt RM2000. By March next year, ada daily flights. Hahahahahaha ... gumbira hati bila tgk berita smlm. Tapi dorang ni pandai gak, start bulan November, kalo bulan 10 bleh balik kg utk raya. Aku ni kan rasa2nya nak balik, kut tunggu tambang murah tu agaknya. I bet la, ramai dan ramai lagi Msians dok mari sini. Well, Perth is nice city for a short break, a good one to raise a family too. Ramai PR dari Msia, and Asian food pon senang gak nak dapat. Yang paling penting, Perth adalah city yg terdekat ngan Msia - flight pon tak lama. Ni mcm, hari2 nak balik pon tak pe, hahahahahahahahaha ...
Ada byk cite lain, tapinya aku ni macam maleh nak menaip la plak. Nevertheless, ada gak la satu cerita ni yg menyebabkan aku gelak beso. Hahahahahaha ... tu laaaaa ... beringat seblom kena. Kalo dah kena, jenuh nak nutupnya. Apa pon, blajo le dari pengalaman. Ari dulu ko mengcakah (hehehehe ... ni pinjam dari perkataan yg slalu dipakai di T.I), ari ni kut ko bleh tesungkor. Ateeeeee ... pereh le juge gamaknya nak ngangkat muka nengok org. Dah lama aku tunggu ari tu, dgn tak disangka2, sampei juga berita tu. Macam-macam manusia ni. Yang buat lagi best tu, siap assonantly rhymed lagi. Hahahahahahahaha ... gempak seluruh alam, dari Amerika la, Australia la, Malaysia la, UK la dan lain2 tempat di lain2 benua jugak la. Bergego! Nak gelak skali lagi la ... Hahahahahahahahahaha ...
Ok la weh, tu je la utk ari nih, aku nak gi print barang sket, slamat berhari minggu. Tata.

Friday, May 02, 2008

Tiga Jam

Dah dekat 3.30pm, baru pas lunch. Sosej ngan fries. Memang aku lapo tapi tak dak selera nak makan. Baru balik meeting ngan Uncle Scroogie. It went on for nearly 3 hours okeh! Pakcik ni kan siap angkat extra meja ngan bangku lagi to his office so that dia bleh susun all the papers ikut nombor2 yg aku anto kat dia itu hari. Maaannn, I tell you, dah berpinau-pinau bijik mata aku tadik. Tinggai tak terkuar je daripada pasaknya. There's just too much work to be finished ... tak tau la mana aku nak carik masa. And the worst part is that, tak tau nak mula & sambung kat mana dah. Macam sume2 nya pon nak kena dihabiskan pada masa yg sama. Nak panik pon dah tak dan. Dia kata minggu depan dia nak tgk balik keje aku tu. That sums up everything. So, peeps, I'm out of here.