Hari ini 2 Syawal. Memang gembira rasanya di hati beraya di kampungku di Teluk Intan. Pengalaman menyambut hari lebaran di rantauan pada tahun lepas sememangnya sesuatu yang tidak segembira beraya di Malaysia. Dari rancangan TV yang pelbagai untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri, sehinggalah ke juadah-juadah enak di pasar/bazaar ramadhan. Baju raya ada, kuih raya ada, lemang, ketupat, rendang, nasi impit dan kuah lodeh, nasi impit dan kuih kacang, semuanya membangkitkan lagi keindahan menyambut raya di Malaysia. Dan bila dengar takbir raya, sungguh syahdu rasanya. Dah 4 kali aku beraya tanpa Opah aku. But I know she’s always there. Semalam abang and family datang ke rumah. Hujan pulak lebat, dari pagi hingga ke petang. Lepas hujan sidang, aku dengan mak aku gi beli telur dekat dengan kedai botol tu. Dari kedai, singgah kejap di rumah mak nyah. Dorang baru lepas menjamu seorang Dato’ yang datang beraya ke rumah dia. Makan mee goreng dengan udang galah lagi tu. Macam tu la kalau nak bodek orang. Tu bukan aku yang kata ok, tu anak dia yang kata.
Tahun ni je, Mak Nyah aku dapat 3 cucu. Bagus lah aku kata, rezeki pemberian Allah. Everything went well actually, sampaaaaiiii laaaa they popped the question. Tau tau la soklan ape yang aku maksudkan … ptui ptui ptui.
Salah ke kalau aku ni belum kahwin lagi? Hina ke aku ni sebab tak de orang nak kat aku? Aku tau la aku ni tak sehebat dorang, habis je belajo, semua terus kawin. 9 – 10 bulan lepas kawin terus beranak pinak. I know I sound harsh, but why don’t they for once think if they were in my shoes. How would you feel when at the end of the day they subtlely labeled you as a spinster? Aku tau la aku ni tak cantik, tak menarik macam dorang yang lain, serba-serbinya kurang.

Masa tu, ada 2 babies berbaris berenjut dalam buaian depan dorang. Siap gelak berderai lagi. Jangan salah sangka, aku tak jeles tau. Tapi perkara seumpama ini lah yang buat aku lebih berfikir. Ada cousin aku yang sorang ni kata memang tak nak sambung belajar, cukup la sijil yang dia ada. Tak payah masuk universiti sebab ramai kawan dia tak lepas bila dah study. Lagi pon, cikgu maktab yang sambung blajo kat uni tu tak de rumah sewa macam dia (dia refer kat 2 rumah sewa dia kat Kebun Limau tu). Sebenarnya, aku terkejut dengar cakap dia tu.
Anak-anak Mak Nyah aku semuanya pandai-pandai belaka masa di sekolah dulu. Bila peksa, semua lulus cemerlang, dan masuk sekolah berasrama. Satu masa dulu, mak aku jugak slalu banding-bandingkan aku dengan mereka. Memang stress sungguh rasanya kalau you have to prove that you are better than them. Tapi itulah hakikatnya, aku memang degil, suka melawan. Aku tak suka dibanding-bandingkan. Aku dulu tak sehebat mereka, so what??? Jadinya, SPM ku pon seperti nyawa-nyawa ikan. Tapi Allah tu Maha Berkuasa. Yang diingat paling berjaya, semuanya ended up mediocre aje. Bukan aku nak berbangga diri, tapi bila dorang ungkit-ungkit pasal aku ni tak kawin, macam tak berharga, aku rasa panas cuping telinga.
Aku sememangnya tak “bahagia” macam mereka - tak de family sendiri, tak de laki, tak de anak, bf pon tak dak - tak bahagia la namanya kalau macam tu kan. Walaupun kelayakan akademik aku tak sehebat dorang, but hey … I am proud of what I have achieved ok. Sijil-sijil aku tu la “my babies”. Perjalanan akademik aku adalah segala usaha aku sendiri, tiada sedikitpun pengaruh / pertolongan sesiapa. Kegagalan di masa lalu mengajar aku untuk berdiri di atas kaki sendiri dan menghargai peluang yang diberikan. Kebahagiaan mereka kebahagiaan berumahtangga. Kebahagiaan aku akademik dan kerjaya. Tapi pernah ke mereka bertanya? Usah la diharapkan. Juih dimuncung adalah.
Hebat sungguh rupanya orang yang dah berkeluarga dari orang yang masih bujang. Tak kurang hebat jika dapat tambah anak sekerap boleh. Semakin hebat lagi kalau dapat menunjuk-nunjuk kekurangan orang lain dan berbangga dengan pencapaian sendiri. Buat-buatla tak nampak pencapaian orang lain walaupun secara hakikatnya ko tau yang orang itu sebenarnya ada kekuatan tersendiri. Aku sedar sape diri aku, dan disebabkan dari kecik lagi aku dibesarkan untuk berdikari, kalau boleh aku tak nak menyusahkan sesiapa. Tapi aku ni menyusahkan orang ke kalau aku tak kawin lagi, belom beranak-pinak? Mungkin ini takdir aku. Kalau aku boleh sabar, sape dorang nak cakap lebih? Apaaaa … kurang berjaya kah aku jika dibandingkan dengan mereka?
Syawal kali ini semakin terasa syahdu. Bahang hiba kerana kononnya aku tiada punya apa sehebat mereka … Save the pity (if you have any). I can survive (on my own). I do not have to live on others’ principles. Akan ku buktikan – aku juga seorang yang hebat – dan bukannya terletak semata di atas sebuah perkahwinan.

No comments:
Post a Comment