Monday, June 11, 2007

Di Padang Hijau

*Fast forward*
*Stop*
*Play*
Boleh saya berjumpa dgn Encik XXXXXXX?
Dia di pejabat - sebelah sana.
Encik, boleh tolong serahkan bungkusan ini pada dia?
Apa kata Cik sendiri serahkan sendiri pada dia di sana?
Baik lah, terima kasih.

*Fast forward*
*Stop*
*Play*
Saya nak pulangkan ini. Terima kasih, tapi saya tak dapat nak terima.
Nanti.
Selamat tinggal XXXXXXX

*Fast forward*
*Pause*
*Play*
Saya perlu berjumpa dgnnya.
Dia ada di sana.

*Fast forward*
*Stop*
*Play*
------
Terima kasih utk bunga itu.
Saya hantar semalam.
Saya dapat hanya yg kuning. Yang lain dah diambil org.
Saya tunggu panggilan awak semalaman.
Saya tak tahu. Kad itu saya jumpa pagi tadi.
Saya dah terima msg awak tadi pagi.
Maafkan saya.
Saya faham.
Ada perkara ingin saya jelaskan.
Jangan. Saya dah tahu semuanya.
Ianya penting.
Tidak lagi. Saya harap hanya yg terbaik utk awak.
Tapi ... awak perlu tahu apa yg mahu saya katakan.
Maafkan saya, saya dah terlambat. Flight saya tengahari ini.
Awak nak balik?
Iye. Selamat tinggal.

*Pause*
*Fast forward*

*Stop*
*Rewind*
*Play*
Kenapa awak berpatah balik?
Kerana saya tidak boleh pergi. Saya perlu tahu.
Kad yg awak berikan bersama bunga itu. Apa yang tercatat di atasnya.
Saya yang tersilap. Maafkan saya.
Tidak.
Apa?
Awak betul. Saya perlukan apa yg tercatat di atas kad itu.
Apa sebenarnya?
Saya juga perlukannya. Saya yang tersilap. Bukan awak.
Mari ... Kita pulang?
Pergilah - saya tidak mahu awak terlewat.
Tidak. Telah saya batalkannya pagi tadi.
Tapi ...
Saya yang terburu-buru. Sudah lama saya tahu, saya tidak mahu pergi lagi.
Pasti?
Pasti.

*Stop*

Di padang itu. Di padang yang menghijau itu. Bersama Farid.


No comments: