Friday, August 31, 2007

50 Tahun Negaraku Malaysia


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 kepada semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada! Daripada apa yang diceritakan dan diberitakan, sememangnya tahun ini adalah tahun yang amat bermakna kepada warga Malaysia. Alangkah baiknya kalau aku juga boleh bersama-sama menyambutnya di tanah air. Sambutan di sini seperti tidak begitu menyeluruh, dan suasananya juga tidak sehebat yang aku harapkan. Acara main bola, jika dibandingkan, lagi hangat diperkatakan. Sambutan yang aku tahu hanya yang berkisar kepada satu acara makan malam besar-besaran yang mengenakan bayaran yang agak 'lumayan' (pada pandangan aku yang hanya seorang pelajar di sini). Kadang-kadang, kekangan kewangan lebih menuntut kita berjimat cermat untuk keadaan yang lebih memerlukan. Walau bagaimanapun, menyambut kemerdekaan negara boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara, tidak hanya mengadakan acara makan malam atau bermain golf. Masing-masing punya cara yang tersendiri.



Walaupun berada beribu batu di perantauan, negara ku Malaysia akan sentiasa tersemat di sanubari. Semoga kita akan terus bersatu hati dan berpegangan tangan di dalam membawa negara terus maju ke hadapan, dari segenap pelusuk lapisan.


Pictures taken from: http://gallery.thestar.com.my/default.asp?id=904

No comments: