Friday, August 31, 2007

50 Tahun Negaraku Malaysia


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 kepada semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada! Daripada apa yang diceritakan dan diberitakan, sememangnya tahun ini adalah tahun yang amat bermakna kepada warga Malaysia. Alangkah baiknya kalau aku juga boleh bersama-sama menyambutnya di tanah air. Sambutan di sini seperti tidak begitu menyeluruh, dan suasananya juga tidak sehebat yang aku harapkan. Acara main bola, jika dibandingkan, lagi hangat diperkatakan. Sambutan yang aku tahu hanya yang berkisar kepada satu acara makan malam besar-besaran yang mengenakan bayaran yang agak 'lumayan' (pada pandangan aku yang hanya seorang pelajar di sini). Kadang-kadang, kekangan kewangan lebih menuntut kita berjimat cermat untuk keadaan yang lebih memerlukan. Walau bagaimanapun, menyambut kemerdekaan negara boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara, tidak hanya mengadakan acara makan malam atau bermain golf. Masing-masing punya cara yang tersendiri.



Walaupun berada beribu batu di perantauan, negara ku Malaysia akan sentiasa tersemat di sanubari. Semoga kita akan terus bersatu hati dan berpegangan tangan di dalam membawa negara terus maju ke hadapan, dari segenap pelusuk lapisan.


Pictures taken from: http://gallery.thestar.com.my/default.asp?id=904

Friday, August 24, 2007

Laporan Mingguan

Aik, dah 4.15pm dah. It has been a long day for me today. Dah lama tak jenguk ke mari, memang sgt sibuk kebelakangan ni. Meeting pon berderet-deret. So, time nak mencoret sana sini amat lah terhad. Posting kali nih, just nak round up benda2 yg aku ingat je di sepjg beberapa minggu ni.

1. Superlolly celebrated her bday earlier this month. Hepi besday to her.
2. Fire alarm kat hall went off di satu malam minggu di mana all the boys tak de kat bilik. Nasib baik la satu mamat kat tingkat bawah tu tolong matikan bunyiknya. Bateri alarm tu buat hal :p buat malu aku je
3. Aku ada flatmate baru yg "illegal", di mana daripada caranya malam semalam mcm dah berpindah secara tetap kat flat we all - dah angkut la alat2an mandian, periuk belanga, dan semua makanannya. The three of us tgh tgk je dulu, saja nak bagi muka kat si Kevin, tapi kalau mcm semakin obvious, mintak maap la Ah Moi, sila keluar la kan. Ramai gak la aku tgk org lain berpacaran dan dtg utk sleepover, tapi tak le sampai berkampung halaman kan. Ish ... mcm senang je. Bukannya apa, baru kenal sebulan dah nak "move in" ... Apa raaaa ... Anyway, aku dah mention kat si Yash pagi tadi, so ... skrg ni bukak mata sket.
4. Tgh pikir2 kut nak gi conference. Hmmmm ... kena pikir bab ongkos tu.
5. "Keadaan yg merungsingkan" masih lagi belum diselesaikan. Alahai ... demam aku dibuatnya.
6. Bulan puasa akan sampai tak lama lagi. Gonna miss fasting back home. Huhuhuhu ...

Ok la, nak wrap up. Nak balik nak bobok, dah 3-4 malam tak puas tido pikir pasai meeting ari nih. Selamat berhari minggu.

Signing off.