Thursday, November 03, 2005

Malam Raya ...

Telefon Mak.
Deme raya esok.
Dia tengah sibuk masak nasi impit & kuah kacang.
Itu kegemaran ku ...
Line pulak tak berapa clear.
Dia kata tak dengo,
Jenuh juge bertempik ...
Cucu Opah Nab sebelah tengah buat bising.
Apa nak buat ...
Dari dulu memang macam tu.
Masa kita orang kecik dulu pun, bising gak.
Dia sampai pukoi 1 tadi.
Pergi market, beli ayam, beli lemang.
Rumah bersih katanya ...
Dah bentang carpet dah.

Sembang ngan Apak.
Pasal research ku, pasal flatku, pasal menu berbuka malam ni.
Aku cakap, nasi dengan lauk udang semalam.
Masa bercakap, terdengar orang bang, azan dari madrasah.
Sayu rasanya, macam aku ada di rumah.
Tak lama pas tu, Mak kata takbir raya.
Aku tak ada.
Selamat Hari Raya Mak, Apak
Selamat Hari Raya Opah, Tok.
Tahun ni, Ita tak dapat balik.
Tahun ni, Ita tak dapat ke kubor jumpa Opah, jumpa Tok.

Telefon Mak Nyah.
Mak Nyah tak sihat,
Gaut ngan gastrik.
Katanya ..."aku dah tua, udah 60 lebih"
Sedih aku dengo.
Ya, kita tak sedar.
Kita semakin tua, deme pon sama juga.
Katanya lagi ...
"Opah kamu dah tak de, Tok kamu pon tak ada"
"Wa kamu, esok genap le 100 hari"
Orang ramai di market hari nih.
Tumbang jugak le sekor dua ayam katanya.
Anak cucu semua balik.
Mak Nyah sibuk nak kenduri pas raya ni.
Acai nak kawin.
Dengan orang Juru.
Mak Nyah kata nikah ari Jumaat depan.
Mempelai sana ari Sabtu
Aku tak dapat balik meraikan dia & isteri.
Tapi aku tumpang gembira.
Kami rapat masa kecik, walaupun slalu "bercako" org Perak kata
Aku anggap dia macam abang aku sendiri
Walaupun bila dewasa masing-masing dengan jalan sendiri
Semoga berbahagia Acai ...

Sembang ngan Abang.
Katanya telepon dari mana ni? Dari Ausralia ke??
Ya ... aku kata.
Abang ngan family sampai kol 4 tadi.
Dok kat Langkawi katanya bolehhhhh laaa...
Bleh makan angin sana katanya.
Ari Sabtu ni balik Kedah.
Sebab ari Isnin K. Balkis kerja.
Dan nak simpan cuti nak balik kenduri minggu depan.
Betul gak tu.

Sembang ngan Akak.
Dia kata baru balik dari rumah Opah Cu.
Penuh rumah kenduri tadi.
Akak singgah rumah sana jugak.
Mak tengah masak rendang.
Kegemaran ku juga ...
Akak kata dengo suara ku ngan clear, macam kat Msia
Dia kata, raya kat tempat orang macam dia beraya kat Sabah dulu
Tapi kan, di Sabah kalau tak de lemang tak pe.
Masih di bumi Msia, masih bleh dengo lagu raya.
Tapi kat sini ... Mana kan sama ...
Katanya lagi, tahun ni tak buat kuih raya.
Tempah aje dari orang Lenggong.
Kuih kampung, mesti sedap ...
Abg Hasan balik esok, si Hafizi dah masuk Darjah 2
Katanya lagi, K. Balkis mengandung semula.
Anak no. 5, hehehehe ... rezeki namanya tu.

Acai & Amir blom balik.
Mungkin besok aku telefon lagi
nak bercakap ngan Acai & Amir.
Rindu gak pada si Kurus tu.
Dia ibarat adik pada aku.
Masa kecik aku slalu gak buli dia,
Tapi aku sayang dia masa dia dok ngan aku & Opah
Sampai skrg, aku masih ingat dia budak lagi.
Dah bleh jadi bapak budak, dah 25.
Lepas Acai kawin, dia pulak.
Mak Nyah kata, semua pulun orang utara.
Amir pulak orang pantai timur.
Misi gituuuuu ...

K. Yuss telefon jugak.
Katanya jangan raya besok.
Orang Indon raya besok, PR raya besok.
Tapi masjid kat Perth raya ari Jumaat.
Jadinya kita di tempat orang, ikut saja ari Jumaat.
Iya jawabku.
Bersembang tentang Open House.
Maaf pintaku, sebab tak datang & tak dapat menolong.
Tak pe katanya.
Jangan lupa datang ari Ahad.
Ada Open House.
Aku kata, mungkin kut nanti aku bawak Maruku.
Yang akan ku beli di Coles, kiranya ada.
Ala-ala macam Deepa-Raya.
Ya... aku akan pergi nanti.

Itu lah malam raya ku tahun ini.
Malam raya jauh dari keluarga.
Malam raya yang sunyi,
kecuali bunyi radio beso si S****tra yg kuat nak mam*** tu.
Malam raya yang tak de panjut,
Malam raya yang tak dengo bunyi meriam buluh dari kampung beca
Malam raya yang belum pernah aku rasa
... sungguh sungguh jauh dari semua orang

No comments: